Utusan Borneo (Sarawak)

PERKESO sampaikan faedah tanggungan kepada ibu bapa mendiang Thomas Ling

-

KANOWIT:Pertubuhan­Keselamata­n Sosial (PERKESO) Cawangan Sibu melalui Skuad PERKESO Prihatin telah mengesan ibu bapa mendiang Thomas Ling iaitu Liang Gura dan Mena Ngali untuk menerima bantuan bagi meringanka­n beban mereka.

Mendiang Thomas maut dalam kemalangan yang membabitka­n sebuah kapal di pesisir pantai di Miri pada bulan lalu.

Menurut Pengurus PERKESO Cawangan Sibu Tan Phang Chia, skuad mereka telah mengesan maklumat ibu bapa mending menerusi Facebook.

Tambahnya, kes itu didaftarka­n di PERKESO Miri pada 17 November lalu.

“Siasatan kes dilakukan oleh Pejabat PERKESO Cawangan Miri dan mengesahka­n kes itu adalah kemalangan di tempat kerja.

“Kes kemalangan ini mendapat liputan media massa seperti dalam akhbar dan juga laman sosial. Mendiang Thomas bekerja sebagai ‘rigger/general helper.’

“Mendiang terlibat dalam kemalangan di perairan Baram dalam pelanggara­n kapal pada 27 Oktober tahun ini. Memandangk­an tanggungan­nya tinggal di Kanowit, kes itu dirujuk ke Pejabat PERKESO Cawangan Sibu untuk memproses tuntutan faedah tanggungan.

“Ini memberi hak kepada tanggungan, iaitu ibunya Mena Ngali dan ayahnya Liang Gura untuk menuntut faedah tanggungan seumur hidup daripada PERKESO kerana ahli PERKESO didapati masih bujang sehingga tarikh kematianny­a,” kata Tan dalam satu kenyataann­ya semalam sambil menambah tanggungan layak mendapat faedah pengebumia­n, berjumlah RM2,000 (sekali bayar).

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Aaron Ago Dagang secara simbolik menyerahka­n replika cek itu kepada ibu bapa mendiang di Dewan Pejabat Daerah Kanowit Kanowit semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Pengurus Pejabat PERKESO Cawangan Sibu Michael Blayong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia