Utusan Borneo (Sarawak)

PRN12: Fadillah tiada masalah jika bertembung Raafidin di Semop

-

SIBU: Setiausaha Parti AMANAH Negara Negeri Sarawak Fadillah Sabali tidak mempunyai masalah untuk bertembung dengan bekas rakan seperjuang­an iaitu Abdul Raafidin Majidi, sekiranya dicalonkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semop pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) nanti.

Raafidin, bekas Ketua Cabang PKR Sibu yang juga rakan seperjuang­an Fadillah semasa dalam Pakatan Harapan (PH), kini menjadi calon berpotensi Parti Sarawak Bersatu (PSB) untuk bertanding di Semop.

Fadillah berkata, setiap rakyat Malaysia yang layak mempunyai hak untuk bertanding di mana-mana DUN atau Parlimen, termasuk Raafidin.

“Saya tiada masalah kepada sesiapa pun yang berniat untuk bertanding.

“Adalah menjadi hak sesiapa pun yang layak untuk menjadi jadi calon mengikut Perlembaga­an Malaysia dan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR).

“Apa yang penting, kita bertanding dalam pilihan raya secara profesiona­l,” katanya ketika dihubungi pemberita, semalam.

Beliau ditanya mengenai kenyataan Presiden PSB Dato Sri Wong Soon Koh bahawa Raafidin berpotensi menjadi calon bagi kerusi Semop pada sidang media di Ibu Pejabat PSB Bawang Assan di sini, kelmarin.

Pada sidang media terbabit, Raafidin bersama bekas Timbalan Bendahari PKR Sarawak Dato’ Sri Abang Aditajaya Abang Alwi kini sah menyertai PSB bersama lebih 6,000 pengikut mereka.

Sehubungan itu, Fadillah berkata jika kebetulan bertembung di mana-mana kerusi (dengan Raafidin), selagi syarat kelayakan untuk bertanding dipenuhi, adalah bagus untuk demokrasi yang sihat.

“Hal ini kerana rakyat atau pengundi yang memilih nanti dan sudah tentunya mereka mengetahui karisma seorang calon nanti,” katanya.

Fadillah sebelum ini bertanding pada PRN11 di DUN Semop dan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 bagi kerusi Parlimen Tanjung Manis 2018 lalu.

 ??  ?? MANFAAT: Aaron (tiga kiri) menyerahka­n replika cek kepada Liang sambil disaksikan oleh Tan (dua kiri) serta yang lain di Kanowit, semalam.
MANFAAT: Aaron (tiga kiri) menyerahka­n replika cek kepada Liang sambil disaksikan oleh Tan (dua kiri) serta yang lain di Kanowit, semalam.
 ??  ?? FADILLAH
FADILLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia