Utusan Borneo (Sarawak)

Sokong ketua kampung, hindari perpecahan penduduk

Ketua kampung harus memimpin anak buah, bekerjasam­a dengan wakil rakyat demi kebaikan dan kemajuan kawasan

- Oleh Sudan Ajang

Ini ada berlaku sekarang, saya tidak mahu perpecahan berlaku. Ketua kampung dan ketua masyarakat harus bekerja sebagai satu pasukan khususnya

” di kawasan Telang Usan.

MIRI: Sesiapa sahaja yang dilantik oleh kerajaan negeri untuk memegang jawatan dalam komuniti harus disokong sepenuhnya oleh penduduk di kawasan itu, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau.

Beliau berkata, sekiranya ketua kampung yang dilantik itu tidak disokong, ia hanya membawa perpecahan dalam kalangan rakyat dan menghilang­kan rasa hormat terhadap mereka.

“Ini ada berlaku sekarang, saya tidak mahu perpecahan berlaku. Ketua kampung dan ketua masyarakat harus bekerja sebagaisat­upasukankh­ususnya di kawasan Telang Usan.

“Bekerjasam­a erat dengan ketua di kawasan masing-masing seperti pemanca, temenggung dan pegawai daerah,” ujarnya berucap pada Majlis Kesyukuran Pelantikan Ketua

Dennis Ngau

Kampung Dennis Madang di Long Luyang, Ulu Tinjar kelmarin.

Dennis menambah, ketua kampung harus memimpin anak-anak buahnya dan bekerjasam­a dengan wakil rakyat demi kebaikan dan kemajuan kawasan mereka.

“Jangan membuang masa mengatur strategi gelap, sebaliknya memberikan sokongan padu kepada kerajaan untuk memastikan agenda pembanguna­n berjalan lancar,” katanya.

Beliau menambah, usaha membangunk­an infrastruk­tur dan kemudahan asas di kawasan Telang Usan perlu diteruskan dan ini hanya dapat dilaksanak­an jika ada kestabilan dalam negeri.

Katanya, kerajaan negeri memperuntu­kkan sebanyak RM750 juta untuk Telang Usan di bawah Agensi Pembanguna­n Tanah Tinggi (HDA) yang digunakan untuk pembinaan beberapa batang jalan utama.

“Selain itu, pembinaan loji

ADUN Telang Usan

bekalan air yang berharga RM10 juta setiap satu dan akan dilaksanak­an di lapan rumah panjang Kayan, Kenyah dan Penan, termasukla­h sebuah Loji di Long Loyang dan Long Batan,” katanya.

Mengenai pelantikan TK Dennis, beliau yakin ia dapat membawa kampung Long Loyang ke arah kejayaan dan pembanguna­n dengan adanya sokongan daripada penduduk kampung.

Katanya, TK Dennis mempunyai pengalaman luas kerana pendedahan sejak kecil memandangk­an bapa beliau iaitu mendiang Pemanca Madang Balan seorang ketua kaum yang dihormati.

Lebih 250 penduduk dari Long Loyang dan beberapa penduduk kampung berhampira­n hadir pada majlis tersebut.

Hadir sama Ketua Masyarakat Kenyah Baram Pemanca Joseph Belulok, Kaunselor Jaraw Braim, Council of Elders dan pegawai dari Pejabat Daerah Bakong.

 ??  ?? SIMBOLIK: Ketua Kampung Long Loyang, Dennis Madang yang baru dilantik menerima parang ilang daripada penduduk kampung sebagai tanda sokongan terhadap pimpinan beliau, sambil disaksikan oleh (dari dua kiri) Dennis, Pemanca Joseph dan ketua masyarakat lain.
SIMBOLIK: Ketua Kampung Long Loyang, Dennis Madang yang baru dilantik menerima parang ilang daripada penduduk kampung sebagai tanda sokongan terhadap pimpinan beliau, sambil disaksikan oleh (dari dua kiri) Dennis, Pemanca Joseph dan ketua masyarakat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia