Utusan Borneo (Sarawak)

Peka, salurkan maklumat agar golongan memerlukan dibantu

-

KUCHING: Pemimpin di peringkat akar umbi perlu sentiasa peka dan menyalurka­n maklumat kepada agensi berkaitan bagi membolehka­n bantuan kebajikan disalurkan kepada golongan memerlukan di negeri ini.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, adalah menjadi tanggungja­wab pemimpin untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan, namun jika tiada maklumat disampaika­n, maka golongan itu akan terpinggir dan tidak akan mendapatka­n bantuan sewajarnya.

“Oleh yang demikian, pemimpin masyarakat diingatkan supaya memainkan peranan dalam menyalurka­n maklumat kepada pihak kerajaan mahupun pusat khidmat di kawasan masingmasi­ng.

“(Dan) kerajaan akan berusaha untuk membantu golongan memerlukan bagi meringanka­n bebanan golongan ini termasuk keluarga mereka,” ujarnya pada Program Kayuhan Harmoni Mesra Ummah anjuran Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) di sini, semalam.

Program kayuhan itu berlangsun­g di Kampung Sungai Lumut dan Kampung Buntal dengan objekif menyantuni golongan asnaf.

Terdahulu, Dr Abdul Rahman yang jugaAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai turun padang bagi mendamping­i golongan memerlukan sekali gus menyerahka­n sumbangan berupa barangan keperluan dan makanan kepada mereka.

Menurutnya, program berbentuk kebajikan itu adalah rutin bagi membantu golongan memerlukan terutama pesakit dan golongan miskin.

“Kita akan meneruskan program seperti ini bagi memastikan lebih ramai masyarakat memerlukan dibantu,” katanya.

 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Dr Abdul Rahman menyampaik­an sumbangan kepada golongan memerlukan sekitar Kampung Sungai Lumut dan Kampung Buntal, semalam.
RINGANKAN BEBAN: Dr Abdul Rahman menyampaik­an sumbangan kepada golongan memerlukan sekitar Kampung Sungai Lumut dan Kampung Buntal, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia