Utusan Borneo (Sarawak)

Suri rumah golongan tepat untuk bantu polis cegah aktiviti jenayah

-

BINTULU: Suri rumah merupakan golongan tepat yang dapat membantu pihak polis melalui penyaluran maklumat bagi mengekang dan mencegah aktiviti jenayah yang berlaku di sekitar kawasan kediaman mereka.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak SAC Datuk Muhammed Hasbullah Ali berkata, ini memandangk­an golongan itu sentiasa berada di rumah dan mengetahui perkembang­an semasa dengan jiran-jiran.

Justeru untuk mengukuh peranan itu katanya, Program Taman Angkat AMANITA diwujudkan sebagai usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) menurunkan kadar jenayah melalui inisiatif AMANITA membawa penglibata­n suri rumah dalam pencegahan jenayah di kawasan kampung.

Katanya, usaha ini akan meningkat penglibata­n anggota polis secara lebih dekat dengan penduduk kampung dan polis wanita dapat berkomunik­asi lebih fokus serta tersusun dengan suri rumah dalam mencegah jenayah.

“Selain itu, pewujudan Taman Angkat AMANITA ini juga akan menjadikan kawasan kediaman sebagai tempat yang lebih selamat,” ujarnya ketika merasmikan Taman Angkat AMANITA PDRM Kontinjen Sarawak untuk Kampung Assyakirin (Fasa 1, 2 dan 3) di Hotel Promenade di sini, semalam.

Beliau berharap kerjasama itu akan dapat membantu pihak polis dari segi penyampaia­n maklumat berkaitan jenayah dan aktiviti tidak bermoral serta perkara mencurigak­an yang berlaku di kawasan sekitar.

Tambahnya, kriteria pemilihan Taman Angkat ini berdasarka­n kepada kadar indeks jenayah serta masalah sosial yang tinggi di setiap daerah, antaranya masalah dadah, mat rempit dan sebagainya.

Justeru katanya, kerjasama baik penduduk dengan pihak polis selama ini dan pelaksanaa­n program itu secara tidak langsung mengukuhka­n lagi kerjasama dengan suri rumah khususnya dengan kehadiran Skuad AMANITA bagi mengekang jenayah.

Pada masa sama, beliau yakin golongan suri rumah mampu menjaga keselamata­n diri, keluarga dan harta benda, melaporkan aktiviti mencurigak­an atau kejadian jenayah, menjaga keselamata­n harta jiran, kediaman serta membantu polis mengenal pasti kegiatan jenayah di kawasan mereka.

“Saya berharap program ini akan memberi keyakinan kepada masyarakat terhadap PDRM dalam membantera­s kegiatan jenayah melalui insiatif AMANITA dan Taman Angkat ini,” katanya.

AMANITA atau Aman Wanita (Peace Lady) yang dilancarka­n pada Mac 2013 merupakan inisiatif untuk pegawai wanita PDRM mendamping­i golongan wanita termasuk suri rumah dalam usaha membantera­s jenayah sehingga ke peringkat akar umbi.

Jelasnya, AMANITA turut mengajar serta memupuk kesedaran orang ramai khususnya wanita berkenaan keselamata­n diri, keluarga, tempat kediaman serta cara melindungi kawasan kejiranan masing-masing selari dengan konsep AMANITA menjadikan golongan wanita sebagai mata dan telinga PDRM dalam menyalurka­n maklumat jenayah.

Sementara itu, Ketua Kaum Kampung Assyakirin Fasa 1 Pengiran Hamdan Pengiran Kerta berterima kasih dan menghargai usaha PDRM memilih Kampung Assyakirin sebagai Taman Angkat AMANITA serta mengalu-alukan inisiatif tersebut agar hubungan antara kedua-dua pihak terus terjalin kukuh.

“Kita akan memberi kerjasama tanpa berbelah bahagi untuk apa juga program atau aktiviti diadakan di kampung ini melibatkan PDRM agar hubungan baik ini terus diperkukuh­kan terutamany­a melibatkan pencegahan jenayah,” katanya.

Hadir sama, Pegawai Turus AMANITA Kontinjen Sarawak Superinten­den Roselina Daud, Ketua Polis Daerah Bintulu Superitend­en Zulkipli Suhaili, Timbalanny­a DSP Jame Reis, Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Bahagian Bintulu Diana Seliman serta pegawai-pegawai kanan polis lain.

 ??  ?? LANCAR: Muhammed memukul gong sebagai simbolik pelancaran Taman Angkat AMANITA Sarawak untuk Kampung Assyakirin Fasa 1, 2 dan 3, semalam. Turut kelihatan Roselina (kiri), Zukipli (tengah) dan Pengiran Hamdan (kanan).
LANCAR: Muhammed memukul gong sebagai simbolik pelancaran Taman Angkat AMANITA Sarawak untuk Kampung Assyakirin Fasa 1, 2 dan 3, semalam. Turut kelihatan Roselina (kiri), Zukipli (tengah) dan Pengiran Hamdan (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia