Utusan Borneo (Sarawak)

Pustaka Negeri, Repositori Rekod Negeri dibuka semula mulai 1 Dis

-

KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak, Kuching dan Repositori Rekod Negeri akan dibuka semula kepada orang awam bermula 1 Disember ini.

Menurut kenyataann­ya semalam, sebagai usaha untuk memutuskan rantaian penularan pandemik COVID-19, Pustaka Negeri Sarawak telah menetapkan langkah-langkah keselamata­n termasuk semua pengguna dan pelawat perlu mendaftar di WeCare, COVIDTrace atau MySejahter­a, setiap kali mereka mengunjung­i pustaka.

“Bilik Surat Khabar, Galeri, Ruang Koleksi Khas dan semua Bilik Perbincang­an masih ditutup buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.

“Kami mengehadka­n jumlah orang di setiap bilik dan menetapkan penjarakan fizikal satu meter antara satu sama lain.

“Bacaan suhu badan pelawat akan diambil oleh kakitangan Pustaka Negeri Sarawak setiap hari, manakala kerja-kerja pembersiha­n kemudahan juga dijalankan secara kerap,” katanya.

Pengguna digalakkan untuk menggunaka­n perkhidmat­an dalam talian bagi mengakses bahan bacaan dan Perkhidmat­an BookBear secara percuma serta dinasihatk­an untuk tidak datang ke Pustaka sekiranya tidak sihat.

Turutdiper­kenalkanPu­staka SarawakCha­nnelyangme­rupakan platform untuk penyiaran program dan aktiviti Pustaka secara dalam talian menggunaka­n saluran YouTube selari dengan transforma­si perkhidmat­an norma baharu.

Perkhidmat­an yang boleh dilayari di https://www.youtube. com/user/PustakaSar­awak/ Inisiatif itu bertujuan untuk meneruskan program dan aktiviti galakan membaca dalam suasana pandemik COVID19 dengan kelaziman baharu menerusi saluran YouTube dan mengoptimu­mkan potensi teknologi maklumat dan komunikasi bagi memanfaatk­an lebih ramai orang tanpa dibataskan oleh masa dan tempat.

“Kami menawarkan Perkhidmat­an BookBear melalui aplikasi Angka.sa2 secara percuma.

“BookBear merupakan perkhidmat­an peminjaman buku terus ke rumah pengguna yang mana pengguna boleh muat turun aplikasi Angka. sa2 melalui Google Play Store atau App Store yang telah beroperasi pada 13 Jun.

“Waktu beroperasi Isnin hingga Sabtu bermula jam 9 pagi hingga 5 petang,” katanya lagi.

Inisiatif tersebut bertujuan untuk memastikan pengguna mendapat akses kepada koleksi Pustaka memandangk­an Pustaka Negeri Sarawak masih belum lagi membuka sepenuhnya premis-premis yang ada.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai Unit Komunikasi Pustaka Negeri Sarawak, Nur Ashikin Ahmad menerusi talian 0111087019­1 atau e-mel: nuraa2@ sarawak.gov.my.

 ??  ?? GEDUNG ILMU: Pustaka Negeri Sarawak, Kuching akan dibuka semula kepada orang awam bermula 1 Disember ini.
GEDUNG ILMU: Pustaka Negeri Sarawak, Kuching akan dibuka semula kepada orang awam bermula 1 Disember ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia