Utusan Borneo (Sarawak)

Persidanga­n Dewan Rakyat ditambah dua hari lagi

-

KUALA LUMPUR: Persidanga­n Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 ditambah dua hari lagi menjadikan tempoh bersidang keseluruha­n selama 29 hari dan tamat pada 17 Disember ini.

Menurut surat Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat kepada Ahli Parlimen Jumaat lepas, pindaan berkenaan selaras Peraturan Mesyuarat 11(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Berdasarka­n peraturan berkenaan, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikhtari­kh yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

Persidanga­n Dewan Rakyat sebelum ini dijadual tamat pada 15 Disember dengan sesi perbahasan Belanjawan 2021 pada peringkat Jawatankua­sa.

Menurut surat berkenaan, tambahan dua hari ini diperuntuk untuk pembentang­an rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain.

Pindaan turut dibuat kepada takwim persidanga­n Dewan Negara yang akan bersidang mulai 16 hingga 23 Disember berbanding tarikh asal sebelum ini dari 14 hingga 23 Disember.

Menurut surat daripada Pejabat Setiausaha Dewan Negara kepada Ahli Dewan Negara, tempoh berkenaan ditetapkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Ketua Majlis Mesyuarat melalui satu surat bertarikh 11 November kepada Yang Dipertua Dewan Negara.

Ia selaras Peraturan Mesyuarat 10(2) dan 14(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara yang berdasarka­n peraturan Mesyuarat 10(2), penetapan tarikh majlis bermesyuar­at perlu ditetapkan Ketua atau Timbalan Ketua Majlis sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal.

Mengikut Peraturan Mesyuarat 14(2) pula, urusan kerajaan perlu diaturkan mengikut sebagaiman­a yang baik pada timbangan kerajaan dan diberitahu kepada setiausaha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia