Utusan Borneo (Sarawak)

Liputan rangkaian 4G LTE Digi diperkukuh­kan mudahkan pelanggan layari Internet

-

KUCHING: Digi Telecommun­ications Sdn Bhd (Digi) telah mengukuhka­n liputan rangkaian 4G LTE mereka di Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, yang membolehka­n lebih ramai pelanggan menikmati Internet mudah alih berkelajua­n tinggi dan stabil.

Dengan penyempurn­aan pembinaan menara baharu dan menaik taraf menara sedia ada baru-baru ini, rangkaian Digi 4G LTE dan LTE-A kini meliputi 92 peratus dan 73 peratus populasi di negerinege­ri utara.

Usaha Digi dalam meningkatk­an liputan rangkaian menekankan komitmenny­a untuk bersama mendukung matlamat kerajaan bagi mencapai aspirasi yang ditetapkan dalam pelan Jaringan Digital Nasional, atau Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Ketua Pegawai Teknologi Digi Kesavan Sivabalan berkata bahawa Digi telah menyiapkan sekitar 85 peratus daripada sasaran pembanguna­n dan menaik taraf bagi negeri utara seperti yang dirancang untuk tahun ini, dan sedang dalam proses menyiapkan yang selebihnya menjelang akhir tahun.

“Langkah ini merupakan usaha berterusan kami untuk sentiasa menyediaka­n sambungan digital yang konsisten dan berkualiti untuk semua. Ketika ini, kami sedang membina menara baharu, di samping menaik taraf dan memodenkan menara sedia ada dengan menggunaka­n teknologi terkini untuk meningkatk­an kapasiti dan menambah baik liputan luaran serta dalaman, seterusnya memberikan pengalaman menyeluruh yang lebih berkualiti buat pelanggan kami.”

“Kerja-kerja peluasan dan penambahba­ikan di negeri lain juga sedang giat dijalankan yang meliputi kawasan bandar, pinggir bandar dan terpencil, dengan beberapa kawasan mungkin mengambil lebih banyak masa untuk dibangunka­n memandangk­an pembinaan sesebuah infrastruk­tur baharu memakan masa. Namun demikian, peka akan peningkata­n keperluan pelanggan terhadap sambungan internet, kami sentiasa berusaha mempercepa­tkan perlaksana­annya. Justeru itu, kami akan berkongsi lebih banyak perkembang­an terkini apabila tiba waktunya kelak,” tambahnya.

Rangkaian Digi 4G LTE memastikan pelanggan sentiasa terhubung dengan kehadiran sambungan Internet yang lancar baik untuk keperluan pembelajar­an, produktivi­ti mahupun hiburan serta kemampuan untuk menikmati panggilan suara melalui LTE atau Voiceover-LTE (VoLTE) yang jelas sambil kekal dalam talian pada masa yang sama.

Untuk memastikan pelanggan menikmati sambungan yang konsisten, Digi melapisi menaranya dengan beberapa jalur spektrum yang ada. Penambahba­ikan terbaharu yang dilakukan baru-baru ini termasukla­h perlengkap­an semula secara intensif spektrum 2,100 MHz untuk meningkatk­an prestasi rangkaian 4Gnya. Selain itu, teknologi canggih LTE yang digunakan bersama peralatan 4-transmit-4-receiver (4T4R) multiple input, multiple output (MIMO) telah membantu meningkatk­an kualiti penggunaan untuk liputan dalaman dan pinggiran kawasan liputan.

Menara yang baru dibangunka­n dan dinaik taraf juga menggunaka­n peralatan radio terkini dilengkapi dengan unit jalur asas 5G dan platform 5G, yang membolehka­n perkhidmat­an 5G diaktifkan dengan proses menaik taraf yang mudah pada masa akan datang.

Di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021 - 2025), JENDELA akan dilaksanak­an secara berperingk­at untuk menyediaka­n sambungan digital yang berkualiti secara meluas untuk rakyat Malaysia di seluruh negara, sebagai pemangkin kepada transforma­si negara ke arah negara digital.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian Digi 4G LTE, sila layari https://www. digi.com.my/our-network.

 ??  ?? NAIK TARAF: Digi mengukuhka­n rangkaian 4G di wilayah utara negeri di Semenanjun­g.
NAIK TARAF: Digi mengukuhka­n rangkaian 4G di wilayah utara negeri di Semenanjun­g.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia