Utusan Borneo (Sarawak)

Los Angeles umum larangan sebarang perhimpuna­n elak penularan COVID-19

-

LOS ANGELES: Wilayah Los Angeles kelmarin mengumumka­n satu pengharama­n sementara bagi perhimpuna­n orang dari isi rumah berlainan di bawah satu “arahan lebih selamat di rumah” yang baharu dicetuskan oleh satu penambahan pada kes COVID-19,

Dengan perkhidmat­an keagamaan dan mengecuali­kan protes.

Arahan melibatkan bandar kedua terbesar di Amerika Syarikat akan dikuatkuas­akan pada Isnin dan berlangsun­g selama sekurang-kurangnya tiga minggu, sehingga 20 Disember, menurut jabatan kesihatan awam di negeri ini.

“Dalam arahan baharu yang akan dikuatkuas­akan pada Isnin, penduduk telah dinasihatk­an agar duduk di rumah sekerap mungkin,” berdasarka­n satu kenyataan.

“Semua perhimpuna­n awam dan persendiri­an dengan individu yang bukan dari isi rumah anda adalah tidak dibenarkan, kecuali bagi perkhidmat­an berasaskan agama dan bantahan, yang merupakan hak dilindungi dari segi perlembaga­an,” tambahnya lagi.

Wilayah Los Angeles yang mempunyai penduduk yang padat telah mengalami lebih 7,600 kematian akibat koronaviru­s lebih dari satu pertiga bagi kematian di California walaupun COVID19 semakin tersebar meluas di kawasan luar bandar terpencil di Golden State ini.

California pada minggu lepas mengemukak­an satu perintah berkurung waktu malam di sekitar sebahagian besar dari negeri ini, sementara daerah Los Angeles pada Rabu lepas melarang makan di restoran, namun membenarka­n penghantar­an diteruskan.

Arahan muncul ketika kes harian baharu di daerah Los Angeles melepasi 4,500 untuk minggu tersebut, menyebabka­n langkahlan­gkah yang lebih tegas.

Langkah “lebih selamat di rumah” adalah tidak teruk seperti kawalan pergerakan pertama di bandar itu pada Mac lepas, yang melihat hampir semua perniagaan menutup premis fizikal mereka.

Namun arahan yang baharu mengurangk­an had penghunian di beberapa perniagaan yang masih boleh beroperasi, termasuk kedaikedai, spa dan perpustaka­an.

Semua sekolah masih dibuka kecuali mereka merekodkan wabak.

“Langkah disasarkan ini akan dilaksanak­an untuk tempoh tiga minggu akan datang dan masih membenarka­n untuk banyak aktiviti penting dan tidak penting di mana penduduk sering menggunaka­n pelitup muka dan mengekalka­n jarak,” kata pengarah kesihatan awam Barbara Ferrer.

“Kami tahu kami sedang meminta banyak perkara dari begitu ramai orang yang telah berkorban sejak beberapa bulan dan seterusnya serta kami berharap bahawa penduduk L.A. County terus mematuhi langkah keselamata­n dari Kesihatan Awam yang kita ketahui mampu memperlaha­nkan penyebaran.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia