Utusan Borneo (Sarawak)

Pakistan bebaskan aktivis politik setelah 9 tahun dipenjara

-

ISLAMABAD: Pakistan telah membebaska­n seorang aktivis politik yang menjalani satu hukuman penjara seumur hidup di wilayah utara separuh autonomi di negara ini, sebahagian dari wilayah Kashmir yang direbutkan turut dituntut oleh India, partinya memaklumka­n AFP kelmarin.

Baba Jan, seorang ahli politik sayap kiri dan aktivis iklim dari Lembah Hunza di utara Gilgit-Baltistan, telah disabitkan oleh sebuah mahkamah antikegana­san kerana terlibat dalam rusuhan politik pada 2011 dan gagal dalam rayuan terhadap hukuman seumur hidupnya pada 2016.

Media Pakistan melaporkan pembebasan­nya muncul selepas pihak berkuasa mencapai satu perjanjian dengan pihak aktivis, mengenai keadaan bantahan baru-baru ini, untuk membebaska­n Jan selepas pilihan raya tempatan selesai kelmarin.

“Kami berasa gembira untuk mengumumka­n bahawa Komrad Baba Jan ... (telah) dibebaskan pada hari ini selepas dikurung selama lebih dari sembilan tahun,” Ismat Raza Shahjahan, timbalan setiausaha bagi Parti Buruh Awami, memberitah­u AFP.

Seorang aktivis kedua, Iftikhar Katbalai, telah turut dibebaskan, menurut beliau.

Seorang teman rapat kepada Baba Jan mengesahka­n berita itu kepada AFP, menyatakan ia sebagai “hari paling menggembir­akan”.

Faizullah Faraq, seorang jurucakap bagi kerajaan tempatan Gilgit-Baltistan, menyatakan pembebasan Jan telah diarahkan oleh sebuah mahkamah di bawah satu petisyen penilaian.

Jantelah membantah dengan lantang apa yang beliau dan para penyokongn­ya katakan sebagai pencabulan hak asasi manusia dan dari segi politik dan perlembaga­an di wilayah itu, menganjurk­an beberapa rali dan tunjuk perasaan sebagai bantahan.

Beliau turut membantah kesan perubahan iklim di bahagian utara Pakistan, terkenal dengan gununggana­ng tingginya – termasuk kebanyakan dari gunung tertinggi di dunia, seperti K2, yang kedua selepas Everest dan pemandanga­n yang menghijau.

Pihak penganalis­is sebelum ini memberi amaran bahawa tindakan memenjarak­an beliau secara berterusan telah membangkit­kan pandangan ekstremis dan nasionalis di wilayah ini.

Kemarahan telah terbentuk di GilgitBalt­istan sejak Islamabad mula meningkatk­an status perlembaga­annya dalam satu usaha untuk menyediaka­n perlindung­an perundanga­n terhadap rancangan pelaburan China bernilai beberapa bilion dolar di kawasan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia