Utusan Borneo (Sarawak)

Puluhan rapat umum dirancang bantah undang-undang baharu Perancis

-

PARIS: Puluhan rapat umum dirancang semalam untuk membantah undang-undang baharu di Perancis yang menyekat perkongsia­n imej polis, hanya beberapa hari sahaja selepas negara itu digegarkan oleh rakaman yang menunjukka­n anggota polis membelasah dan menghina seorang lelaki berkulit hitam.

Kes itu mengejutka­n Perancis dan selebriti serta ahli politik mengecam tindakan anggota polis terbabit, dan membawa perdebatan tentang undang-undang Presiden Emmanuel Macron ke tahap menggelega­k.

Salah satu unsur paling kontrovers­i dalam undangunda­ng baharu itu adalah Perkara 24, yang mahu menjadikan penerbitan imej anggota polis yang bertugas, dengan niat untuk merosakkan “integriti fizikal atau psikologi” mereka, sebagai satu jenayah.

Ia diluluskan oleh Dewan Negara pada minggu lepas tetapi menunggu kelulusan Senat seterusnya mencetuska­n rapat umum dan protes di seluruh Perancis.

Penganjur perhimpuna­n meminta agar perkara itu ditarik balik, dengan dakwaan bahawa ia bercanggah dengan “kebebasan asasi awam Republik kita”.

“Rang undang-undang ini mahu menggugat kebebasan media, kebenasan untuk memberi maklumat dan mendapatka­n maklumat, kebebasan bersuara,” salah seorang penganjur protes berkata semalam.

Kesatuan sekerja dijangka menyertai demonstras­i, dan anggota ves kuning yang menggegark­an negara itu dengan protes mereka yang kadang-kadang ganas pada 2018 dan 2019 juga dijangka turut serta.

Di Paris, pihak berkuasa telah menuntut agar penganjur membataska­n rapat umum kepada satu lokasi sahaja, tetapi pada petang kelmarin, pegawai membenarka­n perarakan.

Dalam satu tanda bahawa kerajaan mungkin bersedia untuk menarik balik rang undang-undang itu, Perdana Menteri Jean Castex mengumumka­n kelmarin bahawa beliau akan melantik sebuah suruhanjay­a untuk merangka semula Perkara 24.

Di bawah perkara itu, pesalah boleh dihukum penjara selama setahun, dan didenda sebanyak 45,000 euro (RM225,000) kerana berkongsi imej anggota polis.

Kerajaan berkata peruntukan itu bertujuan untuk melindungi anggota polis daripada hinaan dalam talian, tetapi pengkritik berkata ia adalah bukti lanjut bagi kecenderun­gan pentadbira­n Macron ke arah haluan kanan.

Tetapi kesatuan media berkata ia boleh memberi lampu hijau kepada polis untuk menghalang wartawan dan pengguna media sosial daripada mendokumen­kan kesalahan.

 ?? — Gambar AFP ?? BERARAK: Penunjuk perasaan membawa sepanduk sewaktu demonstras­i bagi membantah draf undang-undang ‘keselamata­n global’, di Nantes, barat Perancis.
— Gambar AFP BERARAK: Penunjuk perasaan membawa sepanduk sewaktu demonstras­i bagi membantah draf undang-undang ‘keselamata­n global’, di Nantes, barat Perancis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia