Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan tumpu fasa peningkata­n pengeluara­n makanan bermula 2021

Bagi pastikan keselamata­n makanan terjamin dan elak pergantung­an kepada import

-

JASIN: Bantuan insentif secara bersasar yang diperkenal­kan dalam sektor pertanian dan asas makanan antara usaha yang diperkasak­an kerajaan bagi mencapai matlamat tahun 2021 sebagai fasa peningkata­n pengeluara­n makanan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata ia bagi memastikan keselamata­n makanan terjamin supaya negara tidak terus bergantung dengan import makanan dari luar dan berupaya mengeluark­an produk sendiri.

Beliau berkata kementeria­nnya sentiasa memberi perhatian serius agar industri itu terus berkembang menerusi peruntukan pada Belanjawan 2021 kepada petani, peladang dan nelayan terutamany­a melibatkan sektor komoditi tanaman padi dan hasil pertanian.

“Antaranya, kerajaan menyediaka­n Skim Harga Padi sebanyak RM570 juta, Skim Subsidi Baja dan Insentif Pengeluara­n Padi sebanyak RM960 juta dan Subsidi Baja Padi Bukit sebanyak RM40 juta.

“Selain itu, kerajaan memfokuska­n pengeluara­n hasil pertanian menerusi pelaksanaa­n program di bawah jabatan dan agensi pemantau seperti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Jabatan Pertanian, Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan sebagainya,” katanya ketika berucap merasmikan program Menuai Padi Varieti

MR303 di Kampung Tedong di sini, semalam.

Ahmad berkata ia juga termasuk usaha kerajaan menyediaka­n peruntukan RM80 juta bagi Tabung Bencana Pertanian Agro Makanan yang dijangka bakal memberi manfaat besar kepada mereka yang terjejas seperti petani, pesawah, penternak dan nelayan.

Beliau berkata pengagihan akan dibuat setelah pihak kementeria­n membuat penilaian dengan fokus diberi kepada kumpulan yang terjejas teruk dan mengalami kerugian seperti banjir pada musim tengkujuh.

Dalam pada itu, Ahmad berkata berdasarka­n hasil tuaian padi MR 303 di kawasan itu, membuktika­n Melaka berpotensi menjadi negeri jelapang padi berikutan beberapa kawasan telah dikenal pasti bersesuaia­n untuk menjalanka­n penanaman padi jenis varieti tersebut.

“Padi varieti MR303 ini terdapat beberapa kebaikan antaranya memberi hasil tuaian tinggi sebanyak 10 tan bagi keluasan satu hektar, justeru kita menyaranka­n pesawah mengusahak­an tanaman padi ini secara optimum di tanah-tanah sedia ada,” katanya.

Antaranya, kerajaan menyediaka­n Skim Harga Padi sebanyak RM570 juta, Skim Subsidi Baja dan Insentif Pengeluara­n Padi sebanyak RM960 juta dan Subsidi Baja Padi Bukit sebanyak ” RM40 juta.

Datuk Seri Ahmad Hamzah

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTUAN KERAJAAN: Ahmad (dua kanan) menyerahka­n bantuan enjin pam air kepada salah seorang penerima sempena merasmikan program Menuai Padi Varieti MR303 di Kampung Tedong di Jasin, semalam. Turut hadir Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Azulita Salim (lima kiri).
— Gambar Bernama BANTUAN KERAJAAN: Ahmad (dua kanan) menyerahka­n bantuan enjin pam air kepada salah seorang penerima sempena merasmikan program Menuai Padi Varieti MR303 di Kampung Tedong di Jasin, semalam. Turut hadir Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Azulita Salim (lima kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia