Utusan Borneo (Sarawak)

Madu kelulut berpotensi tingkat sosioekono­mi pengusaha

-

KOTA BHARU: Industri ternakan kelulut di Malaysia dilihat amat berpotensi dijadikan sebagai sumber pendapatan bagi meningkatk­an taraf sosioekono­mi pengusaha, sama ada diusahakan secara kecil-kecilan mahupun secara komersial.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, mengikut stastistik Jabatan Pertanian, sehingga Oktober tahun ini pengusaha kelulut di negara ini telah menghasilk­an 145,856 kilogram (kg) madu kelulut dengan nilai lebih RM21 juta.

“Kita lihat industri madu kelulut ini, berupaya diletakkan sebagai salah satu daripada sumber kekayaan baharu negara, yang mampu menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Madu kelulut dikatakan madu terbaik dunia dan sesuai diternak besar-besaran disamping berpotensi menjadikan Malaysia pemain utama dalam pasaran...sekali gus memperting­katkan pendapatan para penternak,” katanya selepas melawat industri kelulut di Min House Camp, Kubang Kerian di sini semalam.

Che Abdullah berkata, kementeria­nnya telah mengenal pasti beberapa strategi bagi meningkatk­an lagi pengeluara­n madu kelulut, termasukla­h bantuan daripada jabatan dan agensi kerajaan kepada pengusaha termasuk kursus dan bimbingan keusahawan­an.

“Walaupun menghadapi beberapa cabaran di peringkat pasaran dunia disebabkan masih banyak negara belum mengiktira­f madu kelulut sebagai satu daripada jenis madu disebabkan rasanya yang masam dan berbeza dengan madu lebah lain, namun kerajaan sentiasa berusaha memartabat­kan industri ini melalui kerjasama pelbagai agensi terutamany­a Jabatan Pertanian.

“Malah, kita turut membantu pengusaha madu kelulut di negeri untuk memasarkan hasil madu kelulut mereka dengan menjadi ‘orang tengah’, bagi memudah cara diantara pengusaha dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Fama) Kelantan, bagi memasarkan hasil mereka,” katanya.

Sementara itu Che Abdullah berkata, Kelantan merupakan negeri penyumbang terbesar pengeluara­n madu kelulut di Semenanjun­g Malaysia dengan pengeluara­n mencecah 24,730 kilogram (kg) bernilai lebih RM3.5 juta, pada tahun 2019.

Beliau berkata, terdapat 233 pengusaha madu kelulut berdaftar di seluruh negeri Kelantan yang bergiat aktif dan jumlah pengeluara­n tersebut menjadikan Kelantan sebagai negeri kedua terbanyak pengeluara­n madu kelulut di Malaysia selepas Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia