Utusan Borneo (Sarawak)

ANGKASA harap kerajaan tambah peruntukan untuk gerakan koperasi: Abdul Fattah

-

KUALA LUMPUR: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) berharap tidak akan berlaku perubahan besar pada Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) yang diluluskan di peringkat dasar kelmarin.

Presiden ANGKASA Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata sebarang perubahan di peringkat jawatankua­sa akan membantutk­an perancanga­n pemulihan ekonomi dan pemberian bantuan kepada rakyat, khususnya kepada ahli koperasi yang berjumlah lebih 6 juta orang.

“Kita mengalu-alukan keputusan Parlimen kelmarin kerana sudah diluluskan pada peringkat dasar. Daripada segi gerakan koperasi, kita masih menaruh keyakinan agar kerajaan dapat menambah jumlah bajet untuk diberikan kepada gerakan koperasi menerusi Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM).

“Sekarang ini, kita dapati bajet untuk pembanguna­n perniagaan koperasi hanya RM6.5 juta serta bajet untuk pembiayaan tabung modal pusingan koperasi RM30 juta, ini menjadikan jumlah keseluruha­n bajet sebanyak RM36.5 juta untuk gerakan koperasi. Pada kita peruntukan kepada gerakan koperasi ini masih kecil kalau dibandingk­an dengan sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS),” katanya pada sidang media program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Coopcare Angkasa di Dewan Persatuan Penduduk Bandar Baru Sentul, di sini, kelmarin.

Menurut beliau, sekiranya tiada peruntukan tambahan bajet dilakukan, kerajaan disaran mengambil sedikit jumlah dari bajet PKS untuk diberikan kepada koperasi.

Beliau berkata jumlah yang terlibat dalam PKS hanya kira-kira 1 juta individu berbanding koperasi yang mempunyai seramai 6.1 juta ahli dan polisi dalam Belanjawan 2021 tidak menyebut mengenai manfaat yang dapat diperoleh koperasi yang berdaftar dengan SKM.

“Kita berharap kerajaan dapat pertimbang­kan semula untuk menambah klausa dalam bajet PKS supaya koperasi sama-sama boleh mohon dan memperoleh manfaat tersebut,” katanya menambah ini berikutan koperasi tidak ditarifkan di bawah PKS yang berdaftar dengan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM).

Sementara itu, ANGKASA kelmarin menyantuni 50 golongan B40 di sekitar Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur dengan mengagihka­n sumbangan barangan keperluan harian kepada golongan yang terkesan berikutan pandemik COVID-19.

Beliau berkata menerusi pelaksanaa­n program CSR Coop Care, jumlah keseluruha­n sumbangan hari ini bernilai RM3,500 adalah menerusi Projek BA100 dan sehingga kini, lebih 37,000 orang mendapat manfaat CSR berkenaan.

“Kita mahu masyarakat sedar bahawa ANGKASA bukan sekadar terlibat dalam kegiatan ekonomi tetapi dalam masa sama prihatin kepada masyarakat,” katanya menambah Angkasa sebagai badan apeks gerakan koperasi negara, dinaungi kira-kira 14,000 buah koperasi seluruh negara.

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Abdul Fattah beramah mesra bersama para penerima sumbangan pada Program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) Coopcare Angkasa Jelajah Santuni Penduduk B40 di Dewan Persatuan Penduduk Bandar Baru Sentul di Kuala Lumpur, kelmarin.
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Abdul Fattah beramah mesra bersama para penerima sumbangan pada Program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) Coopcare Angkasa Jelajah Santuni Penduduk B40 di Dewan Persatuan Penduduk Bandar Baru Sentul di Kuala Lumpur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia