Utusan Borneo (Sarawak)

ATM sedia tambah pos kawalan, anggota di sempadan

12 pos kawalan sedia ada ditugaskan di kawasan penugasan ketika ini masih berupaya menjaga sempadan negara

-

“Dari

segi tugas, ia tidak akan melunturka­n semangat dan saya akan terus berusaha memberi semangat kepada anggota. Mereka tidak gentar dengan apa yang berlaku, malah semakin bersemanga­t.

BUKIT KAYU HITAM: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia menambah pos kawalan dan anggotanya bagi mengukuhka­n kawalan di kawasan sempadan negara jika keadaan memerlukan, kata Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad.

Beliau berkata, sejumlah 12 pos kawalan sedia ada dengan 80 hingga 100 anggota ditugaskan di kawasan penugasan ketika ini masih berupaya menjaga sempadan negara daripada dibolosi.

“Kita melihat kesesuaian yang ada untuk menambah pos. Pos kawalan sedia ada mampu melaksanak­an tugas yang diberi tapi jika ada kajian terperinci memerlukan untuk membina pos baharu, kita boleh cadangkan. Kita sentiasa bersedia untuk tambah jika ada keperluan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Terdahulu, beliau meninjau kawasan Ops Pagar 2 di sempadan negara yang merupakan kawasan kawalan di bawah ATM di sini.

Arman Rumaizi berkata, secara keseluruha­n kawasan Ops Pagar 2 yang meliputi jajaran sempadan MalaysiaTh­ailand sejauh 24 kilometer dari Bukit Kayu Hitam hingga ke Padang Terap dipantau secara terperinci bagi mengesan sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan.

Katanya, ketika ini, ATM sentiasa memastikan anggotanya mempunyai kesiapsiag­aan yang tinggi, mengukuhka­n rondaan di kawasan penugasan selain meningkatk­an aktiviti risikan.

“Kita bertindak agresif supaya tidak ada satu pun kawasan kita dibolosi oleh anasir-anasir tidak bertanggun­gjawab sama ada penyeludup ketum, dadah dan manusia.

“Kita juga kenal pasti ‘hotspot’ dan perkukuhka­n rondaan, selain bekerjasam­a dengan pihak tentera negara jiran dan berkongsi maklumat,” katanya.

Mengenai keselamata­n anggota ATM susulan insiden berbalas tembakan yang mengorbank­an seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan mencederak­an seorang lagi di Padang

Besar Perlis, Arman Rumaizi berkata keselamata­n anggotanya sentiasa diletakkan pada tahap tertinggi.

“Dari segi tugas, ia tidak akan melunturka­n semangat dan saya akan terus berusaha memberi semangat kepada anggota. Mereka tidak gentar dengan apa yang berlaku, malah semakin bersemanga­t,” katanya.

Selasa lalu, anggota PGA Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terkorban dan rakannya, Sarjan Norihan Tari, 39, cedera parah, selepas berbalas tembakan dengan sekumpulan

Mejar Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad

Panglima 2 Divisyen

penyeludup, kira-kira TS9 di Padang Besar, Perlis. 600 meter dari pos kawalan — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia