Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan Rangers lantik Gerrard satu keputusan tepat

Kelab yang bermasalah itu mulai bangkit di bawah kendalian Gerrard untuk memberi cabaran dalam Liga Perdana Scotland

-

Saya sudah tentulah lebih suka berada pada kedudukan kami sekarang.

Tetapi sentiasa rendah hati.

Steven Gerrard

Jurulatih Rangers

LONDON: Rangers hampir selama sedekad tidak menunjukka­n sebarang kemajuan tetapi kebangkita­n mereka di bawah Steven Gerrard nampak seperti sedang berlaku tepat pada waktunya untuk menghalang musuh utama Celtic daripada memenangi kejuaraan liga Scotland ke-10 berturut-turut yang bersejarah.

Kelab itu mengalami perjalanan yang mencabar sejak mereka kali terakhir memenangi liga pada 2011. Masalah kewangan membawa kepada pembubaran dan kelab itu dibentuk semula dalam divisyen keempat bola sepak Scotland.

Rangers kembali ke Liga Perdana Scotland pada 2016, tetapi kemelut masih belum berakhir apabila tiga orang pengurus dipecat dalam masa lebih setahun dalam usaha untuk mengurangk­an jurang dengan Celtic.

Sekarang ia adalah bahagian biru di Glasgow yang mendahului dengan kelebihan 11 mata di tempat teratas Liga Perdana Scotland dan mempamerka­n prestasi yang lebih cemerlang berbanding musuh mereka di persada Eropah.

Para pemain Gerrard tidak tewas dalam 22 perlawanan dalam semua pertanding­an pada musim ini, untuk mengesahka­n kemajuan stabil yang dia telah capai sejak dia menerima peranan pertamanya sebagai pengurus kanan pada 2018.

Bekas kapten Liverpool itu tidak pernah memenangi kejuaraan liga sebagai pemain, tetapi dia akan selamalama­nya disanjung sebagai wira Rangers jika dia dapat menafikan Celtic 10 kejuaraan berturut-turut yang diidamkan Celtic.

Gerrard telah mendapat manfaat daripada tahap kesabaran yang jarang sekali diberikan kepada pengurus Old Firm.

Dia merupakan pengurus Rangers pertama untuk memulakan musim ketiga sebagai pengendali tanpa memenangi trofi dalam dua musim pertamanya.

Celtic bukan sahaja mendominas­i liga, tetapi memenangi kesemua daripada 11 trofi domestik pada masa lalu yang disajikan di Scotland dan dapat menjadikan­nya 11 dalam perlawanan akhir Piala Scotland pada bulan depan.

Bagaimanap­un arus nampak seperti sudah berubah, dengan pengurus Celtic Neil Lennon yang sedang berpaut pada jawatannya selepas seruan semakin meningkat daripada penyokong agar warga Ireland Utara itu meletak jawatan selepas mencatatka­n dua kemenangan dalam sembilan perlawanan.

“Saya melihat carta liga setiap kali kami bermain, saya tidak akan menafikann­ya,” kata Gerrard ekoran kemenangan 4-0 ke atas pasukan di tempat ketiga Aberdeen pada hujung minggu lepas.

“Tetapi saya tidak pernah melihat seseorang pengurus terbawa-bawa pada November. Saya tidak tahu berapa banyak perlawanan yang kami sudah main, tetapi terdapat banyak bola sepak yang perlu dimain, banyak cabaran, banyak halangan besar untuk diatasi.

“Saya sudah tentulah lebih suka berada pada kedudukan kami sekarang. Tetapi sentiasa rendah hati.”

Pengalaman Gerrard menggalas tugas dalam dua musim pertama menunjukka­n banyak yang boleh berubah pada separuh kedua musim. Kemajuan yang berterusan dalam Liga Europa sejak tiga musim lepas telah membolehka­n Rangers untuk membina kekuatan skuad yang dijangka dapat bertahan pada peringkat domestik. Pemain Gerrard menduduki tempattera­tasdalam satu kumpulan Liga Europa yang mengandung­i Benfica dan menewaskan Galatasara­y pada peringkat kelayakan.

 ??  ?? PENINGKATA­N: Aksi perlawanan Liga Europa pusingan pertama Kumpulan D di antara Rangers dan Benfica yang berlangsun­g di Stadium Ibrox di Glasgow, 26 November lalu.
GERRARD
PENINGKATA­N: Aksi perlawanan Liga Europa pusingan pertama Kumpulan D di antara Rangers dan Benfica yang berlangsun­g di Stadium Ibrox di Glasgow, 26 November lalu. GERRARD
 ?? — Gambar AFP ??
— Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia