Utusan Borneo (Sarawak)

Al Ahly julang trofi Liga Juara-Juara CAF

-

KAHERAH: Jaringan lewat Mohamed 'Afsha' Magdy memberikan kemenangan 2-1 yang dramatik kepada Al Ahly ke atas Zamalek kelmarin dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara CAF yang melibatkan dua kelab dari Mesir di Kaherah.

Magdy menjaringk­an gol dalam masa tambahan dalam stadium tertutup disebabkan oleh pandemik COVID-19 selepas Amr el Soleya menjaringk­an gol pendahulua­n awal kepada Ahly dan 'Shikabala' menjaringk­an gol penyamaan yang cantik sebelum waktu rehat.

Selepas 85 minit perlawanan berlangsun­g, Magdy mengawal bola dengan lututnya di luar kawasan penalti dan merembatny­a ke dalam jaring untuk membolehka­n

Ahly memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara kesembilan­nya yang melanjutka­n rekod dan yang pertama baginya sejak 2013.

Kemuncakny­a selari dengan perlawanan akhir yang mengasyikk­an untuk melengkapk­an pertanding­an yang bermula pada Ogos tahun lepas dan sering ditangguhk­an oleh Covid-19.

Kejayaan bagi Ahly bermakna Pitso Mosimane dari Afrika Selatan menjadi jurulatih ketiga selepas Oscar Fullone dari Argentina dan Mahmoud el Gohary dari Mesir untuk memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara bersama dua kelab.

Mosimane membimbing Mamelodi Sundowns dari Afrika Selatan untuk mencatatka­n kemenangan agregat 3-1 ke atas Zamalek dalam penentuan kejuaraan pada 2016.

Sebelum sepak mula dalam stadium yang biasanya memenuhi kapasiti 74,000 tempat duduk bagi perlawanan tetangga Kaherah, kedua-dua pasukan bertafakur sejenak untuk memberi penghormat­an kepada ikon Argentina, Diego Maradona, yang meninggal dunia pada Rabu lepas.

Ahly menjaringk­an gol pendahulua­n pada minit kelima apabila Amr el Soleya melompat tinggi untuk menanduk kuat satu tendangan sudut ke dalam jaring selepas penjaga gol Mohamed Abou Gabal melepaskan situasi bola mati itu setelah menerima tekanan daripada Hussein el Shahat.

Namun sebarang kekecewaan yang dialami penyokong Zamalek ketika mereka menonton perlawanan secara langsung menerusi televisyen hilang selepas 31 minit kerana 'Shikabala'.

Seorang daripada ramai pemain bola sepaj Mesir yang suka menggunaka­n nama timangan berbanding nama rasmi mereka, dalam kesnya, Mahmoud Abdelrazek Hassan Fadlala, 'Shikabala' menyamakan kedudukan dengan jaringan solo yang tidak dapat dilupakan.

Kemudian, selepas 54 minit ketika kedua-dua pasukan terikat, Magdy menjaringk­an gol ketiganya dalam kempen Afrika itu untuk memberikan kejuaraan CAF ke-20 yang melanjutka­n rekod kepada Ahly. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? JULANG: Pemain dan kru pasukan Al Ahly meraikan kejayaan memenangi Liga Juara-Juara CAF selepas membenam Zamalek 2-1 dalam final di Stadium Antarabang­sa Kaherah.
— Gambar AFP JULANG: Pemain dan kru pasukan Al Ahly meraikan kejayaan memenangi Liga Juara-Juara CAF selepas membenam Zamalek 2-1 dalam final di Stadium Antarabang­sa Kaherah.
 ?? — Gambar AFP ?? RANCAK: Aksi perlawanan di antara Crystal Palace dan Newastle di Selhurst Park.
— Gambar AFP RANCAK: Aksi perlawanan di antara Crystal Palace dan Newastle di Selhurst Park.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia