Utusan Borneo (Sarawak)

30 PERATUS RAKYAT DIJANGKA DAPAT VAKSIN COVID-19 TAHUN DEPAN: PM

-

KUALA LUMPUR: Seramai 9.6 juta atau 30 peratus rakyat Malaysia dijangka memperoleh vaksin COVID-19 tahun hadapan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Perdana Menteri berkata kerajaan telah menandatan­gani dua perjanjian bagi tujuan itu.

Kelmarin, beliau mengumumka­n kerajaan telah menandatan­gani perjanjian pembelian awal dengan syarikat farmaseuti­kal Pfizer untuk mendapatka­n 12.8 juta dos bekalan vaksin COVID19 bagi menampung keperluan imunisasi untuk 20 peratus atau 6.4 juta rakyat Malaysia.

“Selain perjanjian dengan Pfizer, kerajaan juga telah menandatan­gani perjanjian dengan fasiliti COVAX untuk mendapatka­n vaksin COVID-19 bagi menampung keperluan imunisasi 10 peratus rakyat Malaysia.

“Insya-Allah, kita akan menerima bekalan vaksin secara berperingk­at mulai suku pertama tahun depan,” kata beliau yang juga Presiden BERSATU dalam ucapan dasar semasa Perhimpuna­n Agung Tahunan BERSATU yang dibuat secara maya semalam.

Muhyiddin berkata, beliau yakin dengan akses kepada vaksin itu serta usaha berterusan untuk memutuskan rantaian jangkitan pandemik berkenaan, Malaysia akan berjaya mengawal sepenuhnya kes jangkitan sekali gus membantu memulihkan ekonomi dan kesejahter­aan rakyat.

Muhyiddin turut menegaskan kepentinga­n usaha kolaborati­f antara negara serantau dalam memerangi COVID-19 dan memulihkan ekonomi serta memastikan wujudnya akses yang saksama kepada vaksin berkenaan.

Dalam perkembang­an lain, Perdana Menteri berharap agar Belanjawan 2021 yang diluluskan di peringkat dasar pada Khamis lepas akan dapat diluluskan oleh Dewan Rakyat dan seterusnya Dewan Negara bagi memastikan matlamat untuk menyalurka­n bantuan kepada golongan terjejas tercapai.

“Ada yang berpendapa­t Belanjawan 2021 perlu ditolak untuk membolehka­n Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan. Tak perlulah buat begitu.

“Kalau tanya saya, mungkin semalam lagi saya telah nasihatkan Yang diPertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) supaya bubarkan Parlimen untuk membolehka­n pilihan raya diadakan. Tetapi kita semua tahu masalahnya ialah COVID-19,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan akan mengembali­kan mandat kepada rakyat untuk membuat keputusan memilih kerajaan menerusi PRU apabila pandemik COVID-19 berakhir.

“Insya-Allah, jika diizinkan Allah, apabila pandemik COVID-19 berakhir, kita adakanlah pilihan raya umum,” katanya.

Semalam, BERSATU mengadakan Perhimpuna­n Agung Tahunan (PAT) yang bermula dengan perhimpuna­n sayap Srikandi dan Armada pada sebelah pagi.

Perhimpuna­n agung sehari itu dijalankan secara maya dari beberapa lokasi dan dijalankan dengan pelaksanaa­n prosedur operasi standard (SOP) yang ketat berikutan negara berhadapan dengan ancaman pandemik itu.

 ??  ?? MUHYIDDIN
MUHYIDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia