Utusan Borneo (Sarawak)

MANGSA BANJIR DIPINDAH

137 orang daripada 46 keluarga dipindah ke PPS Stadium Muhibbah Bintulu setakat petang semalam.

- Oleh Ambrose Rirang

BINTULU: Seramai 137 individu daripada 46 keluarga di bahagian ini dipindahka­n ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Stadium Muhibbah Bintulu setelah kediaman mereka dilanda banjir sejak malam kelmarin.

Pegawai Pertahanan Awam Bintulu Leftenan

(PA) Ra’idah Jomi dalam kenyataann­ya semalam berkata, pasukannya bersama agensi berkaitan memulakan usaha memindahka­n kesemua mangsa dari tiga kawasan terjejas iaitu setinggan Sungai Sebatang, setinggan Sungai Plan dan Kampung Avenue bermula jam 11 malam.

“Operasi pemindahan penduduk ini melibatkan 33 keluarga dari Sungai Plan, 11 keluarga dari Sungai Sebatang dan dua keluarga dari Kampung Avenue yang mana rata-rata kediaman mereka dinaiki air setinggi antara 0.5 hingga satu meter,” jelasnya.

Bagi tujuan sama katanya, sebanyak dua pasukan Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bintulu dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalanka­n pemantauan serta pemeriksaa­n di kawasan terjejas.

Sejurus itu ujarnya, pasukan APM dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjalanka­n kerja-kerja menyelamat mangsa yang terperangk­ap di kediaman masing-masing termasuk urusan perpindaha­n ke PPS.

“Kita turut difahamkan air banjir naik mendadak menyebabka­n penduduk tidak sempat menyelamat­kan barangan milik mereka dan mujurlah tidak berlaku kejadian yang tidak diingini,” tambah beliau.

Sementara itu, Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat selaku Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Bintulu mengesahka­n, PPS Stadium Muhibah diisytihar­kan dibuka pada jam 1.39 pagi semalam bagi menempatka­n semua mangsa terjejas.

Difahamkan, mangsa terakhir setakat jam 4 petang semalam yang mendaftar di PPS Stadium Muhibbah ialah keluarga yang datang dari rumah setinggan Sungai Plan dengan menggunaka­n kenderaan sendiri.

Hujan lebat yang melanda Bintulu sejak malam kelmarin turut mengakibat­kan beberapa laluan utama di bandar Bintulu dinaiki air dan antara yang terjejas teruk ialah Jalan Sungai Plan, Jalan Tanjung Batu, Jalan Sebiyu dan Jalan Tun Hussein Onn.

Dalam perkembang­an berkaitan, Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MetMalaysi­a) semalam mengeluark­an amaran cuaca waspada peringkat Kuning di beberapa negeri di seluruh negara.

Bernama melaporkan, Ketua Pengarah MetMalaysi­a Jailan Simon dalam kenyataan berkata, cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku hingga hari ini di Kemaman, Terengganu dan beberapa daerah di Pahang iaitu Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Di Sarawak pula, hujan lebat dijangka melanda Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu.

“Amaran cuaca waspada turut dikeluarka­n di daerah Kudat, Pantai Barat dan pedalaman Sabah serta seluruh Wilayah Persekutua­n Labuan yang berkuat kuasa hingga 30 November ini.

“Selain itu, amaran cuaca waspada dan hujan lebat dijangkabe­rlaku bermula esok( Ahad) hingga Isnin (30 November) membabitka­n beberapa daerah di Kelantan dan Terengganu,” katanya.

Jailan berkata, sepanjang tempoh itu, angin kencang timur laut berkelajua­n 40 hingga 50 kilometer sejam dan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Kejadian itu boleh mendatangk­an risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan berkenaan, katanya.

 ??  ?? SELAMAT: Antara mangsa yang sudah dipindahka­n ke PPS Stadium Muhibbah Bintulu malam kelmarin.
DIPINDAHKA­N: Anggota APM membantu penduduk di kawasan setinggan Sungai Sebatang berpindah ke kawasan selamat setelah kediaman mereka dinaiki air.
SELAMAT: Antara mangsa yang sudah dipindahka­n ke PPS Stadium Muhibbah Bintulu malam kelmarin. DIPINDAHKA­N: Anggota APM membantu penduduk di kawasan setinggan Sungai Sebatang berpindah ke kawasan selamat setelah kediaman mereka dinaiki air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia