Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: TIADA KES BAHARU DI SARAWAK SEMALAM

-

KUCHING: Jumlah keseluruha­n kes positif COVID-19 di Sarawak kekal 1,062 selepas tiada kes positif baharu dilaporkan di negeri ini, semalam.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, dimaklumka­n juga tiada kluster baharu dilaporkan semalam.

Bagaimanap­un katanya, terdapat enam kluster yang masih aktif di Sarawak iaitu Kluster Besi, Kluster Jalan Abell, Kluster Baki, Kluster Seladah, Kluster Greenhill dan Kluster Wisma Saberkas dengan kesemuanya di Kuching.

“Hari ini (semalam) juga, sebanyak dua kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital. Kedua-dua kes adalah dari Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Ini menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif COVID-19 yang telah pulih meningkat kepada 1,020 orang atau 96.05 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes COVID-19 di Sarawak,” kata JPBNS dalam kenyataan semalam.

JPBNS menambah, jumlah kes yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di hospital ialah seramai 23 orang merangkumi 20 kes di HUS, dua kes di Hospital Sibu dan satu kes di Hospital Miri.

Semalam juga katanya, terdapat 24 individu disyaki (PUI) baharu telah dilaporkan dengan dua kes PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.

“Manakala seramai 491 individu di bawah pengawasan (PUS) baharu mendaftar masuk di hotel hari ini (semalam) untuk menjalani kuarantin,” katanya.

Dalam pada itu, JPBNS memberitah­u Daerah Kuching dan Miri kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruha­n 19 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas.

Manakala 38 daerah lain di negeri ini kekal berstatus Hijau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia