Utusan Borneo (Sarawak)

PAKAR CERUN PERLU ATASI HAKISAN, TANAH RUNTUH DI BUKIT KANADA

Sokongan pakar perlu bagi mencapai penyelesai­an kekal, kata Lee

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Mengatasi sepenuhnya hakisan dan tanah runtuh di Bukit Kanada adalah kerja mencabar.

Menteri Pengangkut­an Datuk Lee Kim Shin berkata, sokongan pakar khasnya dalam kejurutera­an cerun diperlukan untuk merancang dan menghasilk­an penyelesai­an kekal.

“Ini adalah kerja mencabar dan bukan sebarang jurutera boleh melakukann­ya. Oleh itu, kita memerlukan pakar cerun,” ujarnya sambil menambah, pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM), Jabatan Kerja Raya dan pakar cerun akan bekerjasam­a termasuk mendapatka­n peruntukan.

Antara lokasi yang perlu diambil perhatian ialah simpang masuk ke Muzium Petroleum yang terletak di atas bukit itu.

Lee yang juga ADUN Senadin berkata, penyelesai­an kekal oleh pakar diperlukan untuk mengatasi masalah hakisan yang kerap berlaku di kawasan itu.

“Jurutera MBM akan mengemukak­an cadangan dan meminta pakar cerun untuk mereka rekaan dan penyelesai­an kekal untuk masalah hakisan ini,”” jelas Lee ketika mengadakan lawatan pemeriksaa­n projek jalan di Bukit Kanada, semalam.

Mengulas tentang projek Jalan Oil Well No. 1 yang telah siap, Lee mahu kerjakerja menaik taraf jalan itu dilakukan semula.

Menurutnya, masih ada sebahagian jalan khasnya bahu jalan yang perlu diperbaiki dan diratakan agar lebih selamat dilalui ketika turun dan naik dari laluan Kampung

“Ini adalah kerja mencabar dan bukan sebarang jurutera boleh melakukann­ya. Oleh itu, kita memerlukan pakar cerun.

Datuk Lee Kim Shin

Menteri Pengangkut­an

Pujut Padang Kerbau.

“Saya mahu syarikat kontraktor untuk datang balik dan memperbaik­i sebahagian jalan ini sebelum tempoh jaminan (projek) tamat pada Februari tahun hadapan.

“Bahu jalan dalam keadaan tidak rata dan perparitan masih kasar.

Kita juga perlu memperbetu­lkan tepi jalan agar ia selamat untuk pengguna.

“Saya mahu JKR memanggil semula kontraktor dan buat semua ini. Kita akan menahan bayaran sehingga kerja memuaskan,” tegas Lee.

Kontraktor dilantik telah menyiapkan projek pada Februari lalu dan jaminan projek akan berakhir pada Februari tahun hadapan.

Lee memberitah­u, kerjakerja menurap lebih baik dan mengecat garisan jalan akan dilakukan di jalan itu, justeru JKR akan mendapatka­n lebih banyak peruntukan untuk kerja-kerja tambahan tersebut.

Sementara itu, Lee berkata lebih banyak lampu jalan akan dipasang di sepanjang laluan itu bermula dari atas bukit hingga ke Jalan Tun Hussien Onn.

“Selekoh turun dari Bukit Kanada sangat tajam dan berkeadaan gelap pada waktu malam.

Oleh itu kita memerlukan lampu jalan di lokasi ini.

“Selekoh tajam ini sangat berbahaya. Jadi kita perlu memasang ‘guard rail’ (pagar jalan) untuk mengelak kenderaan daripada terjunam ke dalam gaung,” jelasnya.

Hadir sama Jurutera MBM Abdul Rahman Taupek dan Jurutera JKR Miri Chong Chi Fam.

 ??  ??
 ??  ?? TINJAU: Lee menunjukka­n bahu jalan Bukit Kanada yang tidak rata ditemani jurutera ketika melakukan lawatan, semalam.
TINJAU: Lee menunjukka­n bahu jalan Bukit Kanada yang tidak rata ditemani jurutera ketika melakukan lawatan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia