Utusan Borneo (Sarawak)

Norway setuju ekstradisi suspek serangan 1982 di Paris

Keputusan ini memberi harapan kepada keluarga mangsa yang menuntut bagi satu perbicaraa­n selama hampir 40 tahun

-

OSLO: Kelmarin Norway bersetuju untuk mengekstra­disi ke Perancis seorang suspek dikaitkan dengan satu serangan pada 1982 di Paris yang telah mengorbank­an enam orang, membawa harapan kepada beberapa keluarga mangsa yang menuntut bagi satu perbicaraa­n selama hampir 40 tahun.

Keputusan pihak Norway telah diambil semasa sebuah suruhanjay­a bagi menterimen­teri dan tidak boleh dirayu. Ekstradisi itu akan dilakukan dalam masa 10 hari, seorang jurucakap bagi perkhidmat­an perisikan Norway PST memberitah­u AFP.

Walid Abdulrahma­n Abu Zayed, seorang rakyat Palestin berusia 61 tahun yang menjadi rakyat Norway pada 1997, telah dikehendak­i oleh pihak berkuasa Perancis kerana disyaki sebagai salah seorang dari penembak dalam serangan ke atas restoran Jo Goldenberg di daerah Marais, Paris, sebuah daerah bersejarah Yahudi.

Serangan pada 9 Ogos, 1982, yang menyebabka­n enam orang terkorban dan 22 orang tercedera, telah dipersalah­kan terhadap Pertubuhan Abu Nidal, sebuah kumpulan pecahan bagi kumpulan militan Palestin Fatah.

Abu Zayed, yang telah menetap di Norway sejak 1991 ketika dia dikenali dengan nama Osman, telah mengekalka­n kenyataan tidak bersalahny­a dan menegaskan dia berada di Monte Carlo pada masa itu.

Dia telah merayu bagi beberapa keputusan mahkamah di Norway yang memutuskan ekstradisi­nya sebagai sah, menemui kegagalan.

Keputusan terakhir telah diberikan kepada pihak kerajaan.

"Eayuan Osman telah diperiksa dalam suruhanjay­a menteri yang menemui raja. Ia telah ditolak,” jurucakap PST Annett Aamodt berkata.

“Kementeria­n kehakiman mengarahka­n ekstradisi dilaksanak­an di bawah satu perjanjian di antara polis Norway dan Perancis serta keputusan akan dilaksanak­an dalam masa 10 hari,” tambah beliau.

Keputusan Norway telah diterima baik oleh keluarga mangsa.

“Perbicaraa­n akhirnya mampu dilakukan, dengan tertuduh berada di kandang pesalah,” Avi Bitton, seorang peguam yang mewakili tiga orang pekerja di restoran Jo Goldenberg, memberitah­u AFP.

“Ia akan melibatkan usaha selama beberapa tahun, mengenai pendedahan di media dan aktivisme perundanga­n bagi membawa perbicaraa­n ini sehingga berhasil,” tambah beliau.

Perancis telah meminta ekstradisi Abu Zayed sebelum ini, namun Norway mempunyai satu polisi untuk tidak meng ekstra d isikan rakyatnya.

Bagaimanap­un, satu perjanjian yang baharu dilaksanak­an di antara Kesatuan Eropah, Norway dan Iceland telah membuka jalan bagi ekstradisi.

Peguam Abu Zayed di Norway menolak untuk memberikan komen mengenai keputusan kelmarin, kerana beliau masih belum menerima keputusan itu secara bertulis.

“Saya tidak suka Perancis,” anak guamnya telah memberitah­u sebuah mahkamah di Oslo pada September. "Saya tidak mahu dipenjarak­an di Perancis.”

Selain dari Abu Zayed, Perancis turut mengemukak­an waran tangkap antarabang­sa bagi dua orang suspek di Jordan dan satu lagi di Tebingan Barat.

Jordan telah menolak beberapa kali untuk mengekstra d isikan dua orang suspek tersebut.

Perkara itu menjadi lebih menarik berdasarka­n laporan media tentang satu perjanjian rahsia di antara perkhidmat­an perisikan Perancis dan Abu Nidal Organisati­on di mana anggotanya tidak akan ditangkap sekiranya mereka menjauhkan diri dari melakukan serangan selanjutny­a di negara Peran cis.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TRAGIS: Gambar fail pada 9 Ogos 1982 menunjukka­n anggota bomba dan seorang penyelamat di Paris selepas restoran pelbagai juadah Yahudi Perancis, Jo Goldenberg, diserang oleh lelaki bersenjata yang melontar bom tangan ke dalam restoran dan menembak pelanggan dengan submesinga­n, membunuh enam pelanggan dan mencederak­an 22 yang lain.
— Gambar AFP TRAGIS: Gambar fail pada 9 Ogos 1982 menunjukka­n anggota bomba dan seorang penyelamat di Paris selepas restoran pelbagai juadah Yahudi Perancis, Jo Goldenberg, diserang oleh lelaki bersenjata yang melontar bom tangan ke dalam restoran dan menembak pelanggan dengan submesinga­n, membunuh enam pelanggan dan mencederak­an 22 yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia