Utusan Borneo (Sarawak)

Album baharu BTS catat jutaan pendengar di seluruh dunia sebaik dilancarka­n

- Oleh Claire Lee

PULUHAN juta peminat di seluruh dunia berlumbalu­mba untuk mendengar sajian terbaharu daripada BTS selepas kumpulan K-pop sensasi mengeluark­an album baharu mereka yang amat dinanti-nantikan dan menimbulka­n keterujaan pada minggu lepas.

Tiga jam selepas ‘BE’ dikeluarka­n serentak di seluruh dunia, video untuk lagu pertama ‘Life Goes On’ – sebuah lagu yang memberikan mesej harapan pada waktu pandemik koronaviru­s – sudah ditonton hampir sebanyak 20 juta kali dalam YouTube.

“Ini adalah perkara terbaik yang telah berlaku pada tahun ini,” tulis seorang peminat, antara lebih 500,000 komen.

“Pada waktu saya sudah mula rasa seperti sampah semula dan mahu meninggalk­an dunia ini, BTS mengeluark­an album ini,” tambah seorang lagi.

“Music mereka menyelamat­kan saya begitu banyak kali dan ia masih berbuat demikian.”

BTS sudah menjadi superstar global sejak penampilan sulung mereka pada 2013, dan mengadakan beberapa pertunjuka­n dengan tiket yang habis dijual di Los Angeles, Paris dan London pada tahun lepas.

Kumpulan tujuh anggota yang merintis jalan itu mengukuhka­n keunggulan mereka dalam pasaran muzik terbesar di dunia apabila lagu single bahasa Inggeris mereka ‘Dynamite’ memasuki carta Billboard Hot 100 di tempat nombor satu pada Ogos lalu, untuk

menjadikan mereka kumpulan penghibur pertama dari Korea Selatan untuk menduduki tempat teratas carta di Amerika Syarikat itu.

Dan pada bulan lepas, label mereka, Big Hit Entertainm­ent, membuat penampilan sulung bernilai berbilion dolar di pasaran saham.

“Matlamat kami dengan muzik dalam ‘BE’ ialah agar ia dapat menghiburk­an ramai orang,” kata anggota Jimin di satu sidang akhbar sebelum pelancaran album.

“Jika ramai orang dapat memahaminy­a, saya benar-benar bersyukur.”

‘ASLI DAN MENDALAM’

Empat lagu berkenaan – termasuk ‘Dynamite’ – merupakan album studio bahasa Korea kelima bagi kumpulan itu, dan “mengandung­i muzik paling ‘bersifat BTS’ setakat ini,” Big Hit menyebut dalam satu kenyataan sebelum pengeluara­nnya.

Album baharu itu perlu “memujuk golongan yang tidak yakin dan baharu sahaja mendengar tentang

BTS bahawa karya mereka adalah bertenaga, asli dan mendalam”, kata CedarBough Saeji, seorang profesor pelawat di Universiti Indiana Bloomingto­n, kepada AFP.

“Jika album ini dapat menunjukka­n bahawa peminat setia wujud pada amnya kerana sajian artistik yang amat luar biasa sekali, pengkritik yang mengaitkan kejayaan BTS hanya dengan peminat setia akan terpaksa menilai semula.”

Lirik BTS selalunya mempunyai kesedaran sosial – tema termasuk keburukan kepengguna­an dan penyakit mental.

Mereka dengan konsisten berhubung dengan peminat di dalam dan luar negara menerusi media sosial, dan sudah mengumpul 30.7 juta pengikut dalam Twitter.

Anggota Jin berkata satu lagi lagu ‘BE’, lagu disko retro ‘Telepathy’, menyuaraka­n

“realiti sedih tidak dapat berjumpa dengan peminat kami di seluruh dunia disebabkan oleh COVID”.

“Lagu itu adalah mengenai bagaimana kami paling gembira apabila kami bersama peminat kami, dan walaupun kita berjauhan dari segi fizikal sekarang, kita sebenarnya sentiasa bersama.”

Bintang-bintang mega itu mempersemb­ahkan lagu-lagu ‘Dynamite’ dan ‘Life Goes On’ untuk Anugerah Muzik Amerika 2020 pada Ahad di Los Angeles.

SERUAN NEGARA

Sementara saham Big Hit sudah jatuh sejak penampilan sulung mereka di pasaran saham, syarikat itu masih bernilai sekitar AS$6 bilion.

Tetapi ia memberi amaran dalam prospektus IPO bahawa ia berdepan dengan “faktor risiko” dalam bentuk khidmat tentera mandatori untuk ketujuh-tujuh anggota BTS.

Korea Selatan mewajibkan semua lelaki yang sihat tubuh badan untuk berkhidmat dalam angkatan tentera bagi mempertaha­nkannya daripada Korea Utara yang bersenjata­kan nuklear, biasanya selama 18 bulan.

Jin, anggota kumpulan itu yang paling tua pada usia 27 tahun, tidak boleh melengahka­n lagi khidmatnya selepas hujung tahun 2021, manakala enam anggota lain perlu mengikutin­ya dalam masa beberapa tahun akan datang.

Korea Selatan kini sedang berdebat mengenai pengecuali­an bagi bintang-bintang seperti BTS, yang berada di barisan depan fenomena budaya Gelombang Korea sejak beberapa tahun lalu, tetapi kumpulan itu menegaskan pada Jumaat lepas bahawa semua mereka merancang untuk berkhidmat.

“Sebagai seorang pemuda Korea Selatan, saya rasa saya mesti berkhidmat dalam angkatan tentera tanpa sebarang soalan,” kata Jin.

“Seperti apa yang selalu katakan, saya akan menerima seruan negara pada bila-bila masa apabila ia berlaku,” katanya. “Semua kami merancang untuk berkhidmat.”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PERSEMBAHA­N DI ANUGERAH MUZIK AMERIKA: BTS muncul dalam sebuah stadium yang diterangi warna ungu untuk membuat persembaha­n siaran televisyen pertamanya bagi lagu ‘Life Goes On’, lagu utama dalam album ‘BE’, diikuti persembahk­an lagu hit ‘Dynamite’ dengan memakai sut sutera berwarna pastel.
— Gambar AFP PERSEMBAHA­N DI ANUGERAH MUZIK AMERIKA: BTS muncul dalam sebuah stadium yang diterangi warna ungu untuk membuat persembaha­n siaran televisyen pertamanya bagi lagu ‘Life Goes On’, lagu utama dalam album ‘BE’, diikuti persembahk­an lagu hit ‘Dynamite’ dengan memakai sut sutera berwarna pastel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia