Utusan Borneo (Sarawak)

Belanjawan 2021: Permulaan yang baik untuk golongan rentan

-

Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) yang diluluskan di peringkat dasar barubaru ini, disifatkan sebagai permulaan yang baik untuk golongan rentan, demi kebaikan mereka.

Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Senator Ras Adiba Radzi berkata, inisiatif PenjanaKer­jaya contohnya, membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Beliau yang juga Ahli Dewan Negara yang mewakili golongan OKU berkata, selain menyasarka­n satu peratus pengambila­n OKU dalam sektor awam, kerajaan turut menggalakk­an sektor swasta mengambil golongan berkenaan dalam syarikat mereka.

“Hasilnya, menerusi program ‘HireMalays­ia’ di bawah PENJANA, banyak syarikat swasta turut menawarkan peluang pekerjaan kepada OKU, dan telah mendapat sambutan dalam kalangan OKU.

“Bagi syarikat swasta yang mengambil golongan OKU bekerja, majikan akan diberi insentif tambahan sebanyak 20 peratus, menjadikan keseluruha­n insentif majikan berjumlah 60 peratus,” katanya dalam program Pesona XY bertajuk, ‘Belanjawan 2021 Prihatin Golongan Rentan’ yang disiarkan di TV1 semalam.

Di bawah inisiatif itu, insentif untuk pekerja bergaji RM1,500 ke atas akan dinaikkan daripada kadar rata RM800 sebulan kepada 40 peratus daripada gaji bulanan, terhad kepada insentif maksimum RM4,000 sebulan.

Bagi menggalakk­an peluang pekerjaan kepada golongan OKU, majikan akan diberi insentif tambahan sebanyak 20 peratus, menjadikan keseluruha­n insentif majikan berjumlah 60 peratus. Ras Adiba berkata seramai 3,598 anggota OKU sedang berkhidmat dalam sektor awam dalam pelbagai bidang, bilangan itu merangkumi 0.28 peratus daripada keseluruha­n perkhidmat­an awam, setakat 21 Ogos.

“Dalam hal ini, Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam

(SPA) telah mengambil langkah hanya mendengan genakan syarat kelayakan minimum kepada calon OKU, berdasarka­n syarat lantikan yang ditetapkan dalam skim perkhidmat­an,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga turut menyentuh mengenai kempen mendaftark­an OKU perlu dipergiatk­an, agar tiada golongan berkenaan tercicir dan terpinggir dalam arus kemodenan negara.

“Kerajaan perlu turun ke padang agar OKU dan ahli keluarga mereka dapat tampil untuk mendaftar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ini kerana pendaftara­n OKU di negara kira masih kurang, dan bilangan OKU berdaftar setakat ini hanyalah sekitar 560,000 orang sahaja,” katanya.

Katanya, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 15 peratus daripada populasi sesebuah negara adalah dari komuniti OKU, bermakna OKU di negara ini adalah 4.7 juta orang.

Dalam Belanjawan 2021, kerajaan menaikkan bantuan bulanan OKU tidak berupaya bekerja dari RM250 ke RM300, kadar elaun pekerja OKU dari RM400 ke RM450, bantuan penjagaan OKU dari RM350 ke RM500, program khidmat bantu di rumah (RM400 maksimum untuk sukarelawa­n), RM5 pas perjalanan bulanan tanpa had, RM45 juta untuk memperkasa pendidikan khas, RM5,000 pelepasan cukai pasangan OKU serta inisiatif pengambila­n pekerja OKU di bawah PenjanaKer­jaya.

 ?? — Gambar Bernama ?? TERBELA: Ras Adiba (kiri) berucap pada Pesona XY, Belanjawan 2021: Prihatin Golongan Rentan yang dihoskan oleh Zahira Radzi (tengah) dan Hafez Dolson (kanan) di Wisma Berita Angkasapur­i dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama TERBELA: Ras Adiba (kiri) berucap pada Pesona XY, Belanjawan 2021: Prihatin Golongan Rentan yang dihoskan oleh Zahira Radzi (tengah) dan Hafez Dolson (kanan) di Wisma Berita Angkasapur­i dekat Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia