Utusan Borneo (Sarawak)

Sifar positif COVID-19 tiga hari berturut-turut

Jumlah kes positif kekal 1,062, tiada kes baharu pulih dan dibenarkan discaj, jumlah kes pulih kekal 1,020

-

Terdapat sembilan individu di bawah siasatan (PUI) baharu dilaporkan dan tiada kes PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.

KUCHING: Sarawak merekodkan sifar kes positif COVID-19 untuk tiga hari berturut-turut menjadikan jumlah kes positif kekal sebanyak 1,062 kes setakat semalam.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataann­ya berkata tiada kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj semalam dengan jumlah kes pulih kekal seramai 1,020 orang.

Manakala jumlah kes yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di hospital adalah seramai 23 orang iaitu 20 kes di Hospital Umum Sarawak (HUS), dua kes di Hospital

Sibu dan satu kes di Hospital Miri.

“Terdapat sembilan individu di bawah siasatan (PUI) baharu dilaporkan dan tiada kes PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.

“Manakala seramai 240 individu di bawah pengawasan (PUS) mendaftar masuk di hotel untuk menjalani kuarantin,” katanya.

JPBNS turut memaklumka­n tiada kluster baharu dikesan dengan enam kluster masih aktif iaitu Kluster Besi, Kluster Jalan Abell, Kluster Baki, Kluster Seladah, Kluster Greenhill dan Kluster Wisma Saberkas.

Dua daerah iaitu Kuching dan Miri kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruha­n 15 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas manakala 38 daerah lain berstatus Hijau.

Dari segi pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pula, polis Sarawak semalam mengeluark­an lapan notis kompaun di Kuching (7) dan Miri (1).

Manakala Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak mengeluark­an sebanyak 113 notis amaran lisan dan bertulis kepada premis di bawah seliaan beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT).

Turut dipantau 1,465 premis melibatkan pasar raya, restoran, kilang, bank, pejabat kerajaan, penjaja, pasar tani/awam, tempat ibadah, tempat riadah, tapak pembinaan dan lain-lain.

Tujuh sekatan jalan raya dijalankan di enam daerah iaitu Lawas, Lundu, Bau, Serian, Sri Aman dan Lubok Antu dengan sebanyak 1,226 kenderaan diperiksa.

JPBNS

 ??  ?? SIFAR: Statistik terkini kes COVID-19 di Sarawak setakat 29 November 2020.
SIFAR: Statistik terkini kes COVID-19 di Sarawak setakat 29 November 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia