Utusan Borneo (Sarawak)

Banjir kilat di tiga kawasan di Bintulu surut

-

BINTULU: Banjir kilat yang melanda tiga kawasan terjejas teruk di bahagian ini sudah surut sepenuhnya berdasarka­n pemantauan yang dijalankan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu setakat jam 12 tengah hari semalam.

Komander Operasi Penguasa Bomba Gawai John berkata, pemeriksaa­n serta pemantauan yang dijalankan ke tiga kawasan iaitu kawasan setinggan Sungai Sebatang, Sungai Plan dan Kampung Kidurong Avenue@Pisang setakat tengah hari semalam mendapati banjir sudah surut.

“Pemeriksaa­n yang dijalankan merangkumi kawasan Jambatan Sungai Sebatang, kawasan bulatan Sungai Plan dan kawasan saliran Kidurong Avenue mendapati air banjir serta lopak air sudah kering sepenuhnya,” ujarnya.

Dalam perkembang­an berkaitan katanya, pemeriksaa­n yang dijalankan ke kawasan sekitar Taman Jason dan Gem Park mendapati air di kawasan terbabit mulai surut yang mana tidak memerlukan urusan pemindahan.

“Pasukan bomba dengan kerjasama agensi berkaitan lain akan berada dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkina­n terutama fenomena banjir berulang disebabkan faktor hujan lebat yang masih melanda Bintulu,” tambahnya.

Sementara itu, jurucakap Sekretaria­t Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengesahka­n, mangsa banjir yang ditempatka­n di dua pusat pemindahan iaitu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Stadium Muhibah dan Dewan Suarah Bintulu berkuranga­n kepada 228 mangsa daripada 72 keluarga setakat jam 4 petang semalam.

Jelasnya, ini disebabkan terdapat mangsa yang sudah balik ke kediaman masingmasi­ng kerana air sudah surut sepenuhnya di kawasan mereka.

 ??  ?? MULAI SURUT: Keadaan banjir di kawasan perumahan Gem Park yang mulai surut semalam dan tidak memerlukan pemindahan.
MULAI SURUT: Keadaan banjir di kawasan perumahan Gem Park yang mulai surut semalam dan tidak memerlukan pemindahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia