Utusan Borneo (Sarawak)

Hampir RM1 juta geran MRP diagih di Parlimen Santubong

-

KUCHING: Hampir RM1 juta geran di bawah projek kecil luar bandar (MRP) telah diedarkan kepada penerima-penerima di Parlimen Santubong untuk digunakan bagi pelbagai aktiviti dan projek yang dapat memperting­katkan kesejahter­aan rakyat.

Menurut kenyataan semalam, sebanyak RM854,600 jumlah bantuan telahdiser­ahkankepad­a27organis­asi di kawasan itu.

Ahli Parlimen Santubong Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menyampauk­an bantuan tersebut pada satu majlis di Penview Convention Center Demak merangkumi sekolah, surau, organisasi amal, JKKK dan NGO di kawasan Parlimen Santubong.

Beliau turut menyampaik­an dana bantuan khas berjumlah RM17,000, kepada tujuh keluarga yang menjadi mangsa kebakaran di Bintawa barubaru ini. Wan Junaidi yang juga Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (MEDAC) berharap agar peruntukan yang diberikan dapat sedikit sebanyak membantu mereka yang terjejas akibat COVID19.

Menurut beliau, selain menghulurk­an bantuan, MEDAC juga aktif mengadakan pelbagai program yang dapat membantu wujudkan peluang pekerjaan serta merangsang aktiviti perniagaan untuk masyarakat.

Antara program terbaHAru yang diperkenal­kan termasuk program khidmat penghantar­an atau ‘delivery riders’ yang diperkenal­kan oleh TEKUN dan SME Corp.

Sehingga kini kementeria­nnya telah berjaya menghasilk­an 2,114 ‘riders’ di bawah program TEKUN Mobilepren­uer sementara di bawah program SME Corp Micro Connector pula, kementeria­n menyasar untuk mewujudkan 5,000 Warong Riders.

“Saya percaya peluang dan rezeki ada di mana–mana. Kami dapati terdapat peningkata­n untuk perkhidmat­an penghantar­an ekoran daripada arahan sekatan pergerakan.

“Ini adalah peluang yang dapat dipertimba­ngkan oleh masyarakat terutama mereka yang kehilangan pekerjaan kerana COVID-19.

“Kepada mereka yang berminat menjadi riders, mungkin mereka patut mempertimb­angkan peluang untuk mengikuti program SME Corp Micro Connector dan menjadi salah seorang Warong Riders kami,” tambahnya.

 ??  ?? TERIMALAH: Wan Junaidi (tiga kanan) menyampaik­an bantuan kepada salah seorang penerima.
TERIMALAH: Wan Junaidi (tiga kanan) menyampaik­an bantuan kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia