Utusan Borneo (Sarawak)

PAS adil untuk semua, tidak diskrimina­si

Sedia bantu selesai masalah masyarakat mana-mana kaum, agama di Sabah: Aliakbar

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: PAS membawa perjuangan ‘Adil Untuk Semua’ dan tidak diskrimina­si kepada manamana kaum mahupun agama khususnya di Sabah yang memiliki pelbagai etnik.

Parti Islam itu sedia membantu menyelesai­kan masalah yang timbul dalam kalangan masyarakat bukan kerana hanya fokus terhadap penyelesai­an isu semata-mata, namun apa yang lebih penting sebagai jalinan kemanusiaa­n dan persahabat­an yang cuba dibina oleh PAS bersama semua kaum.

Kenyataan itu ditegaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Sabah Dr Aliakbar Gulasan ketika berucap dalam Ziarah Mahabbah bersama kaum Tiong Hua di Tokong Tian Fatt Vui Lin, Taman Indah Jaya, di sini semalam.

Katanya,PASmenubuh­kan Dewan Himpunan Pendukung PAS yang terdiri daripada masyarakat Cina, Kadazan, Dusun, India, Siam dan lainlain sekali gus menunjukka­n PAS adalah sebuah parti yang terbuka.

“Adapun tuduhan yang mengatakan PAS sebaliknya biasanya datang dari kelompok kecil yang ekstrim dan cuba mencari kesalahan dan menyalahka­n pihak lain,” jelasnya.

Tambahnya, dalam konteks kerajaan negeri, pihaknya akan membantu semua pihak dengan adil tanpa mengira darjat, bangsa, agama mahupun ideologi politik.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjay­a PAS Sabah Sahar Abdul Majid yang turut hadir dalam pertemuan itu turut menyatakan konsep keharmonia­n yang dibawa PAS kepada semua kaum.

Katanya, visi dan misi PAS jelas menunjukka­n bahawa parti itu mahukan perpaduan kaum dan integrasi nasional diperkukuh­kan bukan sahaja di negeri ini malah di seluruh Malaysia.

Jelasnya, PAS yang menerajui kerajaan di Kelantan telah lama menunjukka­n ‘role model’ dengan mengangkat agenda itu antaranya melalui peruntukan kerajaan negeri yang tidak pernah mengabaika­n masyarakat berbilang kaum.

Ziarah yang diadakan dalam suasana penuh muhibbah itu turut dihadiri oleh Pengerusi Pengurusan Tokong Tian Fatt Vui Lin, Yap Shu Yin dan Pengerusi Jawatankua­sa Penaja Dewan Himpunan Pendukung PAS Sandakan Isaac Wong Kah Kiet.

 ??  ?? KUNJUNGAN: Aliakbar menerima cenderahat­i selepas mengadakan kunjungan ke Tokong Tian Fatt Vui Lin.
KUNJUNGAN: Aliakbar menerima cenderahat­i selepas mengadakan kunjungan ke Tokong Tian Fatt Vui Lin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia