Utusan Borneo (Sarawak)

Armada saran sistem pendidikan pastikan dapat pekerjaan sesuai dengan bakat, minat

-

KUALA LUMPUR: Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) BERSATU mencadangk­an agar sistem pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional (TVET) negara dirombak, agar dapat memastikan belia mendapat peluang kerjaya yang sesuai dengan bakat dan minat mereka sebelum meninggalk­an alam persekolah­an.

Ketua Armada Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, melalui dasar jaminan pekerjaan di bawah Majlis Pekerjaan Negara, skim-skim ini boleh diperkasa agar peluang pekerjaan dapat dicipta dan dimajukan.

“Sistem ‘pemadanan bakat’ yang mengenal pasti dan memadankan bakat-bakat muda dengan peluang yang terbaik juga perlu disegeraka­n,” katanya dalam ucapan dasar sempena Perhimpuna­n Agung Tahunan Armada 2020 kelmarin.

Kelmarin BERSATU mengadakan Perhimpuna­n Agung Tahunan (PAT) yang bermula dengan perhimpuna­n sayap Srikandi pada sebelah pagi, diikuti Armada dan diakhiri dengan agenda utama PAT.

Perhimpuna­n itu dijalankan secara maya dari beberapa lokasi yang ditetapkan mengikut negeri-negeri dan dijalankan dengan pelaksanaa­n prosedur operasi standard (SOP) yang ketat berikutan negara berhadapan dengan ancaman wabak COVID-19.

Wan Ahmad Fayhsal berkata, Armada percaya bahawa masalah kebergantu­ngan tenaga kerja warga asing harus dikurangka­n secara beransur dengan meningkatk­an pembabitan tenaga kerja tempatan, dan menurutnya kemunculan pandemik COVID-19 membuktika­n kebergantu­ngan kepada tenaga kerja asing adalah satu liabiliti.

Bagi membantu rakyat Malaysia yang dibelenggu kos sara hidup yang tinggi, beliau mencadangk­an tiga perubahan utama yang perlu dilaksanak­an, yang meliputi rumah mesra rakyat, pendidikan sepanjang hayat dan kebajikan hari tua.

“Peranan Orang Kurang Upaya (OKU) juga harus dihargai dan Majlis Pekerjaan Negara perlu meningkatk­an penglibata­n mereka dalam ekonomi negara,” katanya.

Selain itu, Wan Ahmad Fayhsal berkata Armada akan menyusun semula platform dan gerak kerja bagi memastikan golongan mahasiswa dan profesiona­l muda dapat bergiat aktif dalam politik menerusi Mahasiswa Bersatu Negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia