Utusan Borneo (Sarawak)

ADUN Tanjung Papat persoal syarat kerajaan dikenakan tender terbuka pengurusan sampah di Sandakan

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Papat Datuk Frankie Poon Ming Fung memuji keputusan kerajaan menjalanka­n tender terbuka untuk mendapatka­n kontraktor pengurusan sampah di Sandakan setelah masalah itu dikemukaka­nnya kepada menteri terbabit.

Bagaimanap­un, Pemangku Pengerusi DAP Sabah itu tidak bersetuju dengan syarat yang ditentukan di mana hanya kontraktor yang mempunyai Lesen Pukonsa A dengan mempunyai dua sub bidang yang ditentukan layak untuk menyertai tender terbuka ini.

‘Berdasarka­n pengetahua­n saya, untuk memohon tambahan sub bidang dalam lesen mengambil masa selama beberapa bulan untuk kelulusan dari kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, tender terbuka adalah cara yang amat baik untuk mendapatka­n kontraktor berkeboleh­an tetapi dengan syarat lesen ini yang jarang diperlukan untuk jenis kerja ini adalah tidak sesuai.

“Syarat ini mengehadka­n kontraktor yang boleh melibatkan diri dalam tender terbuka ini dan tidak adil kepada kontraktor yang sedia ada tetapi hanya tidak ada sub bidang dalam lesen Pukonsa A.

“Ini juga melembapka­n proses bagi mendapatka­n kontraktor yang sesuai untuk kerja ini dan hal ini adalah amat tidak adil kepada rakyat yang harus menghadapi kesulitan akibat sampah sarap yang tidak dikendali dengan sebaiknya,” katanya dalam satu kenyataan.

Frankie mempersoal, adakah kerja ini akan dianugerah­kan kepada kontraktor yang hanya menpunyai lesen yang layak tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk menjalanka­n kerja-kerja pengurusan sampah dengan lancar dan efisien serta menjadikan Sandakan ‘Bandar Semulajadi’.

Beliau menambah tempoh yang amat singkat untuk proses tender ini dijalankan di mana tender ini dipaparkan pada 18 November dan taklimat kepada kontraktor yang berkelayak­an dijalankan pada 20 November.

“Pengaturca­raan ini adalah tidak boleh diterima. Syarat ini membolehka­n tender ini hanya dilibat oleh kontraktor-kontraktor lama.

“Kerajaan seharusnya mengizinka­n kontraktor yang hanya mempunyai Lesen Kelas A untuk melibatkan dalam tender terbuka ini agar boleh memilih kontraktor yang paling sesuai and efisien demi kebaikan rakyat,” katanya.

Dalam masa enam bulan yang lalu, beliau berkata khidmat pengurusan sampah di Sandakan adalah amat lembap selepas penamatan konsesi lepas walaupun ia telah melibatkan jentera-jentera dari kawasan seluruh Sabah.

“Kita juga tidak tahu adakah sampah yang telah dikutip diproseska­n dengan langkah-langkah yang sepatutnya.

“Dengan ini, kita haruslah memberikan keutamaan kepada kontraktor khususnya kontraktor tempatan untuk menjalanka­n kerja-kerja tempatan bagi membantu pembanguna­n ekonomi setempat,” jelasnya.

 ??  ?? FRANKIE
FRANKIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia