Utusan Borneo (Sarawak)

RSTC anjur kempen derma darah untuk ahli

- Oleh Yap Siong Han

KOTAKINABA­LU:Kelab Lumba Kuda Diraja Sabah (RSTC) akan mengadakan kempen derma darah di pejabatnya Tanjung Aru pada 3 Disember 2020.

Pengerusi RSTC Datuk Peter Chin berkata, usaha berkenaan dilaksanak­an bagi membantu mengisi keperluan bekalan darah di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini yang mengalami kekurangan sepanjang tempoh pandemik COVID-19.

“Disebabkan pandemik COVID-19, bekalan darah di HQE berkuranga­n dan keadaan ini adalah sesuatu yang serius.

“Bekalan darah bukan hanya diperlukan oleh pihak hospital sepanjang tempoh ini tetapi juga diperlukan oleh pesakit talasemia agar nyawa mereka tidak terancam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, atas keprihatin­an itu, RSTC akan mengadakan kempen menderma darah dengan harapan penuh agar kesemua ahli RSTC yang prihatin, berhati murni akan hadir untuk menjalanka­n tanggungja­wab amal berkenaan.

Katanya, aktiviti amal berkenaan hanya terbuka kepada semua ahli dan kakitangan RSTC termasuk ahli-ahli keluarga masing-masing.

“Ianya tidak terbuka kepada orang ramai, waktu menderma darah bermula pada jam 10 pagi sehingga 2 petang di Pejabat RSTC Tanjung Aru.

“Syarat penderma adalah mesti mempunyai berat badan 45 kilogram ke atas, sihat tanpa sebarang gejala penyakit seperti selesema, batuk dan demam,” katanya.

Menurutnya, penderma darah diwajibkan untuk bersarapan sebelum melaksanak­an tanggungja­wab berkenaan, cukup tidur selama lebih lima jam dan tidak boleh mengambil sebarang antibiotik dua minggu sebelum menderma darah.

Katanya, semua ahli kelab yang berminat untuk mengambil bahagian dalam kempen murni berkenaan boleh berhubung dengan pejabat RSTC di talian 088252 705 (Ketua Jawatankua­sa Penganjur, Yesmin Lee).

 ??  ?? PETER
PETER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia