Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan buat persiapan rapi hadapi banjir

Persiapan awal diatur pastikan setiap tindakan JPBBL, agensi terbabit dilaksana secara teratur

- Oleh Mastura Ismail

Memang ada laporan yang diterima daripada pihak sekolah dan penduduk kampung bahawa beberapa kawasan sekolah dan jalan dinaiki air.

LIMBANG: Kerajaan membuat persediaan rapi daripada pelbagai aspek bagi menghadapi musibah banjir hujung tahun ini selepas menerima laporan beberapa kawasan sekolah, jalan dan kampung dinaiki air terutama di kawasan rendah dan berisiko yang dikenal pasti di daerah ini.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, persiapan awal diatur bagi memastikan setiap tindakan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBBL) serta agensi terbabit dilaksanak­an secara teratur.

Kerajaan menurutnya lagi, lebih bersedia berdepan situasi itu dan belajar melalui kitaran pengurusan bencana sebelum ini.

“Memang ada laporan yang diterima daripada pihak sekolah dan penduduk kampung bahawa beberapa kawasan sekolah dan jalan dinaiki air.

“Bagaimanap­un keadaan tersebut tidak membimbang­kan disebabkan keadaan

Datuk Dr Abdul Rahman Ismail

hujan yang tidak berterusan,” katanya pada Majlis Kesyukuran Jawatankua­sa Badan Kebajikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Islam Daerah Limbang di Dewan Kampung Meritam, semalam.

Turut hadir isteri beliau Datin Dayang Maimunah Awang Mohamad Daud, Pemanca Abu Tinggal dan ketua masyarakat dan ketua kaum Islam lain.

ADUN Bukit Kota itu berkata, hujan lebat kerap mengakibat­kan banjir terutama di kawasan rendah.

Jelasnya, meskipun Limbang belum berdepan banjir yang serius namun persiapan rapi dilakukan melalui JPBBL serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Bomba, Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan membantu.

“Bantuan ini akan diselengga­ra secara menyeluruh termasuk persiapan kemungkina­n pusat pemindahan banjir akan dibuka.

“Berdasarka­n trend daripada laporan hujan yang akan turun pada bulan depan, kita akan memberi bantuan yang diperlukan,”katanya.

Berdasarka­n kenyataan APM Limbang semalam, kawasan hulu yang terjejas ialah hujung Jalan Medamit, Pangkalan Madang dan Kampung Medait.

Jalan di Kampung Tanjong

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah

pula terputus disebabkan limpahan air dari hulu Medamit manakala beberapa kawasan pedalaman yang rendah masih dalam keadaan terkawal.

Sepanjang pemantauan dijalankan,tiada pusat pemindahan dibuka.

Menurut kenyataan tersebut lagi, kejadian hujan pada sebelah petang hingga ke malam di sekitar bandar dan kawasan pedalaman yang rendah mencetuska­n risiko banjir kilat terutama kawasan yang berdekatan dengan sungai.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Abu (empat kiri) menyerahka­n cenderamat­a kepada Dr Abdul Rahman sambil disaksikan Dayang Maimunah (tiga kanan) dan yang lainnya.
TERIMA KASIH: Abu (empat kiri) menyerahka­n cenderamat­a kepada Dr Abdul Rahman sambil disaksikan Dayang Maimunah (tiga kanan) dan yang lainnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia