Utusan Borneo (Sarawak)

Program Ziarah Kamek diteruskan secara maya

-

KUCHING: Program Ziarah Kamek yang diilhamkan Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong sejak 2016 diteruskan secara maya bagi memastikan golongan yang memerlukan terus dibantu secara konsisten.

Inisiatif di bawah program Ziarah Kamek itu merupakan usaha berterusan Pusat Khidmat Parlimen Batang Sadong dengan kerjasama ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Gedong dan Sadong Jaya.

Turut bekerjasma menjayakan program ini agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya(JKR),PejabatKes­ihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Pejabat Daerah.

Berucap secara maya dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Ziarah Kamek Zon 1 san 2 N25 Simunjan Tahun 2020 Parlimen Batang Sadong, Nancy berkata Ziarah Kamek pada asalnya dikenali sebagai Sentuhan Kasih pada 2016 dan kemudian diperbaiki pendekatan­nya pada 2017.

Antara penambahba­ikan yang telah dilakukan ialah jenis bantuan yang disalurkan, penglibata­n agensi kerajaan yang berkepenti­ngan, tindakan susulan yang diambil serta mengkatego­rikan kumpulan sasaran penerima agar tiada mana-mana individu dalam kelompok yang memerlukan bantuan terpinggir.

“Meskipun berbeza dengan pendekatan sebelum ini di mana bantuan diserahkan dari rumah ke rumah, kali ini Ziarah Kamek dilaksanak­an menerusi cara yang berbeza demi menjaga keselamata­n dan kesihatan penerima.

“Keterbatas­an ini tidak menghalang kita untuk terus bersua walaupun secara maya. Dan seperti yang disaksikan sendiri, usaha murni ini masih terus dilaksanak­an di dua tempat berasingan,” katanya.

Nancy dalam pada itu berharap menerusi inisiatif tersebut, jumlah penerima bantuan di Parlimen Batang Sadong akan berkuranga­n apabila sedikit demi sedikit masalah di peringkat akar umbi dapat ditangani bersama.

Beliau turut menyeru semua pihak bersama-sama meneruskan perjuangan membantu rakyat di ketiga-tiga DUN di bawah Parlimen Batang Sadong.

Turut hadir ADUN Simunjan Awla Deris dan Pegawai Daerah Simunjan Abdul Khalid Manap.

 ??  ?? TERIMALAH: Awla (dua kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima di bawah Program Ziarah Kamek Parlimen Batang Sadong.
TERIMALAH: Awla (dua kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima di bawah Program Ziarah Kamek Parlimen Batang Sadong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia