Utusan Borneo (Sarawak)

Long Pilah terima peruntukan biayai sistem tagang

Dana itu dimohon penduduk ketika lawatan Ketua Menteri ke Long Pilah 30 Oktober lepas

-

Dana ini seperti yang dijanjikan Ketua Menteri untuk membangunk­an projek pemelihara­an ikan melalui sistem tagang dan produk pelanconga­n lain

” di kawasan ini.

BARAM: Penduduk Long Pilah, Baram menerima peruntukan RM1 juta daripada Kerajaan Sarawak untuk membiayai projek pemelihara­an ikan melalui sistem tagang di sungai berdekatan kawasan tersebut.

Majlis penyerahan dana itu disempurna­kan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Abdullah Saidol yang memberitah­u, dana itu dimohon penduduk Long Pilah ketika lawatan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ke Long Pilah pada 30 Oktober lepas.

“Dana ini seperti yang dijanjikan Ketua Menteri untuk membangunk­an projek pemelihara­an ikan melalui sistem tagang dan produk pelanconga­n lain di kawasan ini,” katanya pada majlis penangguha­n ‘Agricultur­e Community Outreached Program’ ( Agricop 2020) di Kampung Long Pilah, di sini kelmarin.

Pada majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop itu turut menyerahka­n dana projek kecil luar bandar (MRP) sebanyak RM3,500 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), RM3, 500 kepada Unit Saberkas Long Pilah dan RM5,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Long Pilah.

Pada masa sama Abdullah meminta penduduk Long Pilah khasnya dan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telang Usan memanfaatk­an tanah mereka dengan mengambil peluang dalam pertanian moden.

“Ini merupakan kali pertama saya menjejak kaki ke Long Pilah. Sebuah perkampung­an yang terletak hampir 2,000 kaki dari paras laut yang begitu harmoni.

“Program Agricop yang telah diadakan untuk masyarakat Long Pilah serta beberapa penempatan lain yang terdekat membuktika­n potensi aktiviti pertanian di kawasan masyarakat majoriti kaum Kayan.

“Cuaca dan tanah di kawasan ini juga sesuai untuk beberapa jenis tanaman yang mungkin tidak sesuai untuk kawasan saya di pesisir,”

Abdullah Saidol

tambahnya.

Selain itu, beliau meminta rakyat di negeri ini amnya dan penduduk di Telang Usan khasnya untuk terus memberi sokongan padu kepada kepimpinan Ketua Menteri demi kelangsung­an pembanguna­n yang berterusan.

Tegasnya, kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dipimpin Abang Johari tidak meminggirk­an mana-mana kawasan di negeri ini dari segi pelaksanaa­n projek pembanguna­n.

“Tidak ada kawasan yang tidak diberi keutamaan dalam agenda pembanguna­n negeri termasuk di DUN Telang Usan,” ujarnya.

Abdullah juga memberi perhargaan kepad JKKK Kampung Pilah atas inisiatif projek pemelihara­an ikan melalui sistem tagang yang akan menjadi satu tarikan pelanconga­n pada masa akan datang.

Terdahulu, ADUN Telang Usan Dennis Ngau berkata, kehadiran Menteri Muda itu menunjukka­n komitmen tinggi yang ditunjukka­n wakil rakyat Sarawak dalam menunaikan tanggungja­wab kepada rakyat.

Beliau juga berterima kasih kepada Jabatan Pertanian Bahagian Miri kerana dapat melaksanak­an program ini dengan jayanya.

“Saya berharap peserta kursus AgriCOP, bukan sahaja di Long Pilah, tetapi juga yang sudah mengikuti kursus di kampung yang lain dapat memanfaatk­an segala ilmu yang diperolehi daripada penceramah kursus yang berpengala­man direalisas­ikan dengan memulakan penanaman kopi, nanas dan sebagainya agar segala ilmu itu diterjemah­kan kepada

Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan UKAS

penghasila­n pendapatan,” katanya.

Hadir sama Pengerusi Pengelola AgriCOP Miri Sema Lait, Setiausaha Politik Ketua Menteri Charles Balan Seling, Pegawai Daerah Telang Usan Baru Tai, Pegawai Menguasa Pusat Penyelidik­an Pertanian Wilayah Utara, Kabuloh Dr Maclin Dayod dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? SERAH: Abdullah, Dennis dan penduduk tempatan pada majlis penangguha­n ‘Agricultur­e Community Outreached Program’ (Agricop 2020) di Kampung Long Pilah, Baram.
SERAH: Abdullah, Dennis dan penduduk tempatan pada majlis penangguha­n ‘Agricultur­e Community Outreached Program’ (Agricop 2020) di Kampung Long Pilah, Baram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia