Utusan Borneo (Sarawak)

Tanah di seberang sungai Sri Aman bakal dibangun dengan projek pertanian

-

SRI AMAN: Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis menjelaska­n, tumpuan utama pembanguna­n di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang adalah menyediaka­n jalan akses dan pembinaan jambatan bagi meluaskan kegunaan tanah di seberang sungai untuk diterokai sebagai tapak pertanian.

Harden yang juga ADUN Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Info On Wheel (IOW) serta Perhimpuna­n Sivik Pembudayaa­n Norma Baru, Pemutusan Rangkaian COVID-19 (PNB-PRC 19) anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak Bahagian Sri Aman di Rumah Meria Lutang, Sengelau, Undop dekat sini, kelmarin.

Beliau turut mengingatk­an rakyat di kawasan Simanggang agar tidak mudah terperdaya dengan segelintir individu pembangkan­g yang menghasut rakyat menuduh kerajaan tidak berjaya membawa pembanguna­n.

Di Simanggang, penduduk sangat bertuah mempunyai seorang wakil rakyat yang sangat komited memastikan kawasan yang diwakili mendapat infrastruk­tur yang sangat diperlukan.

Hadir sama pada majlis berkenaan, isteri beliau Datin Simba Nallang, Timbalan Residen Bahagian Sri Aman Elvis Didit, Pegawai Daerah Sri Aman Mohd Ashree Wee, Pemangku Pegawai Penerangan Daerah Sri Aman Jessecca Gilbert Bunsu dan wakil

Jurutera Bahagian Jabatan Kerja Raya (JKR) Sri Aman Michelle Kristie Felix.

Turut hadir Tuai Rumah Thomas Barau dari Genting San, Tuai Rumah Kedeney Ganda dari Beleti, Tuai Rumah Swithun@Atan Janggok dari Liu B, Tuai Rumah Dennis Thomas dari Liu C, Tuai Rumah Igai Janting dari Nyakai Atas, Tuai Rumah Jeluka Pangiet dari Sungai Suang dan Edward Langi Ajie selaku pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Taman Harmoni (Dayak).

Pada program berkenaan, Harden menyerahka­n geran kerajaan RM5,000 kepada JKKK Rumah Meria Lutang, Sengelau dan RM3,000 kepada Biro Wanita.

 ??  ?? GIGIH: Wong (baris depan, tiga kiri) merakam kenangan bersama rombongann­ya sebelum mula mengutip derma di tapak sementara Medan Selera Taman Muhibbah di Jalan Tapang, Sibu, malam kelmarin.
GIGIH: Wong (baris depan, tiga kiri) merakam kenangan bersama rombongann­ya sebelum mula mengutip derma di tapak sementara Medan Selera Taman Muhibbah di Jalan Tapang, Sibu, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia