Utusan Borneo (Sarawak)

RM154,656.76 sehingga 28 November untuk SM Citizen

-

SIBU: Sejumlah RM154,656.76 telah diterima menerusi lima kempen kutipan derma sehingga 28 November, bagi membantu mengumpul dana untuk Sekolah Menengah (SM) Citizen di sini setelah asramanya musnah dalam kebakaran baru-baru ini.

Pada malam kelmarin, kempen derma yang diketuai Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong Wong Ching Yong diadakan di tapak sementara Medan Selera Taman Muhibbah di Jalan Tapang di sini.

Kempen derma ‘Satu Orang, Satu Ringgit’ yang berjalan dalam masa 30 minit berjaya mengutip derma sejumlah RM1,027.80 daripada pelanggan di kawasan itu.

“Asrama sekolah terbabit telah musnah dalam kebakaran pada 23 Oktober lalu.

“Saya bersama rombongan saya telah berjalan di beberapa kawasan pasar dan pusat komersial Sibu untuk meminta sumbangan bagi membantu sekolah tersebut membina semula bangunan asramanya.

“Kempen kami di tapak sementara Medan Selera Taman Muhibbah adalah lokasi kelima kempen ini,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) dalam satu kenyataan media, semalam.

Beliau memberitah­u media bahawa dalam lima kempen derma, saat paling menyentuh hati adalah sambutan hangat, ramah dan murah hati daripada semua kaum termasuk Bumiputera.

Katanya, orang ramai yang menderma begitu pemurah tanpa rasa teragak-agak untuk menyumbang sejumlah wang ke dalam tabung derma.

Sementara itu, difahamkan sekolah itu yang dibina sekitar 35 tahun lalu, kini mempunyai 127 pelajar.

Pada 23 Oktober tahun ini, blok asrama dua tingkat SM Citizen di Jalan Kong Yit Khim di Stabau hangus dalam kebakaran awal pagi.

Tingkat atas asrama menempatka­n seramai 17 pelajar, seorang guru dan seorang pengawal keselamata­n manakala tingkat bawah menempatka­n kantin dan sebuah kedai, kesemuanya rosak dalam kebakaran itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia