Utusan Borneo (Sarawak)

Sebelas lagi rumah PPRMS di DUN Jemoreng diterima pemilik

-

MUKAH: Sebelas lagi rumah dalam Program Penambahba­ikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jemoreng diserahkan kepada setiap pemilik baru-baru ini.

Perkara itu dalam rangka ke arah sasaran 400 rumah PPRMS dalam tempoh dua tahun bagi rakyat di kawasan itu.

Menurut ADUNnya Datuk Dr Juanda Jaya, projek berkenaan memang banyak mengubah kualiti kehidupan para peserta.

“Ini antara projek kerajaan negeri yang dirasakan paling memberikan sentuhan secara langsung kepada rakyat dan juga mengubah keadaan kediaman pesertanya,” katanya ketika lawatannya ke rumah PPRMS di beberapa kampung dalam kawasan DUN Jemoreng.

Beliau pada masa sama turut sempat melawat beberapa projek lain dan menyerahka­n tapak projek seperti tiga projek merangkumi projek bina baharu rumah, baik pulih rumah dan bina baharu dewan berbumbung Sekolah Kebangsaan Sok, Matu.

Projek lain yang turut sempat beliau kunjungi dan serah tapak projek adalah dua projek bina baharu parit dan pembetung serta longkang.

Sementara dua projek serah siap adalah bina baharu pusat sumber Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Sekaan Besar dan projek bina baharu parkir Sekolah Menengah Kebangsaan Matu.

Antara kampung yang beliau lawat adalah Kampung Sekaan Kecil, Kampung Berjaya, Kampung Tian, Kampung Bawang, Kampung Jemoreng, Kampung Sekaan Besar dan Kampung Sok.

Pada Jun lalu, Juanda mengatakan pihaknya menyassrka­n 400 lagi PPRMS bakal dibina dalam tempoh dua tahun.

Beliau menyatakan kaedah paling telus digunakan untuk pemilihan calon benar-benar layak serta mengadakan perbincang­an dengan semua agenai terlibat.

Lawatan dan pemeriksaa­n ke rumah calon juga dilaksanak­an bagi memastikan calon benar-benar layak menerima bantuan PPRMS.

Di peringkat pemilihan kontraktor pula, mereka dipilih berdasarka­n mesyuarat serta persetujua­n bersama setiap agensi terlibat.

Kos naik taraf rumah calon PPRMS adalah minimum RM10,000 dan maksimum RM15,000.

PPRMS diwujudkan oleh kerajaan negeri pada 2018 sebagai kesinambun­gan kepada program bantuan rumah untuk rakyat miskin yang ditamatkan ketika tampuk pemerintah­an kerajaan persekutua­n bertukar tangan kepada Pakatan Harapan.

Turut hadir Pegawai Tadbir Sarawak Pejabat Daerah Matu Abdul Malik.

 ??  ?? SELESA: Juanda (dua kiri) singgah di salah sebuah rumah PPRMS yang telah siap dalam kawasan DUN Jemoreng, baru-baru ini.
SELESA: Juanda (dua kiri) singgah di salah sebuah rumah PPRMS yang telah siap dalam kawasan DUN Jemoreng, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia