Utusan Borneo (Sarawak)

DUN Pakan masih perlu banyak usaha pembanguna­n

Kemudahan jalan raya masih jauh ketinggala­n dan perlu segera dinaik taraf demi keselesaan umum, kata Edwin

- Oleh Kepu Sidi

Dalam kunjungan ke beberapa rumah panjang di DUN Pakan barubaru ini, rata-rata penduduk memohon perhatian terhadap usaha untuk menaik taraf jalan ke rumah panjang mereka daripada jalan berbatu dan tanah ke tahap yang lebih selesa sama ada

” berturap atau bersimen.

PAKAN: Pelobi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakan Edwin Bandang menegaskan kawasan DUN Pakan masih memerlukan banyak usaha dan suntikan pembanguna­n maksimum terutama yang berkaitan dengan kemudahan asas dan infrastruk­tur.

Katanya, dalam siri lawatannya ke beberapa rumah panjang dekat sini beliau melihat kemudahan terutama daripada aspek jalan raya masih jauh ketinggala­n serta memerlukan usaha segera untuk dinaik taraf demi keselesaan umum.

“Dalam kunjungan ke beberapa rumah panjang di DUN Pakan baru-baru ini, rata-rata penduduk memohon perhatian terhadap usaha untuk menaik taraf jalan ke rumah panjang mereka daripada jalan berbatu dan tanah ke tahap yang lebih selesa sama ada berturap atau bersimen.

“Penduduk dari Rumah Nyuak Abau, Ulu Julau yang kami lawati minggu lepas

Edwin Bandang

telah memaklumka­n kepada pihak kami bahawa dengan keadaan jalan pada masa kini, pergerakan mereka begitu berisiko dan berbahaya terutama apabila membawa hasil pertanian keluar dari rumah panjang untuk dijual ke pekan dan bandar berdekatan.

“Dengan keadaan cuaca pada masa sekarang yang kerap hujan, beberapa lokasi jalan yang menghubung­kan rumah panjang mereka telah mula rosak serta becak dan situasi ini telah mendatangk­an kesukaran kepada penduduk,” katanya ketika menghubung­i media di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berkaitan program suai kenal dengan penduduk di DUN Pakan ketika berkunjung ke Rumah Nyuak Abau, Ulu Julau, baru-baru ini.

Menurut Edwin, jika diberikan peluang menjadi wakil rakyat di DUN itu nanti beliau berazam melakukan usaha yang terbaik untuk memastikan kemudahan infrastruk­tur di DUN berkenaan mendapat perhatian utama.

Selain itu juga katanya, fokus turut diberikan terhadap beberapa kemudahan asas seperti memantapka­n bekalan air dan elektrik di kawasan luar bandar.

“Apa yang penting kita mahu penduduk bukan sahaja di rumah panjang ini malah seluruh DUN Pakan ini turut menikmati pembanguna­n,” tegas Edwin.

Pada masa yang sama, Edwin turut menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai masalah untuk mema

Pelobi DUN Pakan

hami keadaan penduduk di kawasan itu kerana dengan kepercayaa­n dan sokongan yang telah diberikan rakyat peringkat akar umbi, beliau yakin dapat bekerjasam­a baik dengan masyarakat di kawasan terbabit.

“Kita percaya Gabungan Parti Sarawak (GPS) mahu calon yang mempunyai kelebihan sebagai seseorang yang dekat dengan rakyat dan jelas memahami keadaan sebenar di kawasan pedalaman.

“Namun jika tidak dicalonkan nanti saya berharap penduduk Pakan akan terus menyokong GPS sebagai parti yang mendukung pembanguna­n rakyat,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi PDP Pakan Ting Kew Ming dan Timbalan Pengerusi PDP Pakan Kaunselor Barau Bandan, Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Sarawak (PRS) Pakan Kaunselor Tuai Rumah Jantan Uchong, Ketua Pemuda dan Wanita PDP Pakan Stanley Ajang George dan Tuai Rumah Christina Kassum.

 ??  ?? SUAI KENAL: Edwin bersama rombongann­ya mengadakan kunjungan ke Rumah Nyuak, Ulu Julau, baru-baru ini.
SUAI KENAL: Edwin bersama rombongann­ya mengadakan kunjungan ke Rumah Nyuak, Ulu Julau, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia