Utusan Borneo (Sarawak)

JPP DUN Layar giat terapkan pendidikan dalam talian

-

BETONG: Aktiviti yang menjurus kepada penerapan pendidikan secara dalam talian yang merangkumi pelajar, guru dan ibu bapa telah dirancang dalam program pembanguna­n pendidikan untuk masyarakat dalam DUN Layar sejak pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu dan akan ditambah baik perinciann­ya pada 2021.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Pendidikan (JPP) DUN Layar Paul Langgangme­njelaskan,usahaberse­padu yang dirancang bersama pemimpin bermula daripada wakil rakyat, ketua jabatan dan masyarakat seterusnya organisasi pendidikan adalah selari dengan misi penubuhan JPP DUN Layar untuk membangunk­an pendidikan untuk anak-anak di sini.

“Sokongan wakil rakyat kita dalam menjadikan impian untuk melihat ramai pelajar dalam DUN Layar berjaya yang bukan hanya sekadar melepasi tahap kelulusan tetapi berjaya membentuk kualiti dan melahirkan ramai pelajar cemerlang.

“Namun usaha untuk mencapai tahap kecemerlan­gan perlu dibentuk dalam setiap individu pelajar dengan perancanga­n yang teliti hasil bimbingan guru-guru selain ibu bapa yang sentiasa menjadi pendorong kepada anak masing-masing.

“Pada masa yang sama sanggup berkorban masa dan wang ringgit untuk menjadikan anak-anak berjaya dengan cemerlang,” katanya.

Beliau menjelaska­n demikian semasa mesyuarat bersama barisan JPP DUN Layar menerusi aplikasi Zoom Meet malam kelmarin.

Tambahnya, pelbagai aktiviti telah dijalankan sejak penubuhan jawatankua­sa itu yang diilhamkan ADUN Layar Gerald Rentap Jabu sekali gus menjadi panduan untuk merangka penambahba­ikan program dari semasa ke semasa dengan sentuhan barisan pengetua dan guru besar dalam DUN Layar.

“Kita telah menjalanka­n banyak aktiviti dalam membantu sekolah seperti menyediaka­n buku-buku untuk kelas peperiksaa­n UPSR, PT3 dan SPM bagi menambah bahan pembelajar­an mereka.

“Menyediaka­n kursus dan bengkel untuk pelajar dan guru dalam menambah usaha membantu pihak sekolah ke arahmenyed­iakanpendi­dikan yang lebih berkualiti.

“Selain turut berusaha mencambah pemikiran para ibu bapa untuk bersama menyediaka­n anak masing-masing dengan pelajaran bagi mendukung usaha pihak sekolah dalam usaha terbabit pada bengkel keibubapaa­n,” ujarnya.

Paul turut menambah bahawa program akan diteruskan pada 2021 kelak dan akan ditambah baik dengan perancanga­n merujuk kepada keadaan semasa dalam situasi pandemik COVID-19 yang menjadi kerisauan dalam perancanga­n setiap aktiviti.

“Dalam pada itu kita akan memastikan keperluan yang sama seperti yang telah diberikan ke beberapa sekolah sebelum ini dan akan dipanjangk­an kepada sekolah selebihnya dalam DUN Layar dan disampaika­n sebelum akhir tahun ini.

“Kita juga akan mengguna pakai platform ini sebagai salah satu medium untuk berbincang dan menyampaik­an sesuatu kepada jawatankua­sa terbabit jika ada keperluan dan kesesuaian,” tambahnya.

Turut serta dalam perbincang­an tersebut Penyelaras JPP DUN Layar Dr Keling Stevenson, para pengetua, guru besar dan wakil PIBK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia