Utusan Borneo (Sarawak)

AMANITA bertemu kaum wanita di Jepak dan Assyakirin

-

BINTULU: Pegawai polis wanita yang juga AMANITA atau Aman Wanita telah melaksanak­an program ‘Meet and Greet’ di kawasan penempatan Kampung Jepak dan Kampung Assyakirin baru-baru ini bagi mendapatka­n maklumat berkaitan mengenai kejadian jenayah dan sebagainya.

Kepentinga­n usaha itu adalah mendapatka­n kerjasama penduduk terutama wanita untuk menyalurka­n maklumat tentang kes-kes kecurian, penyalahgu­naan dadah melibatkan golongan belia dan sebagainya.

Pada masa sama pegawai polis wanita turut memberi penerangan ringkas berkaitan pengenalan dan kegunaan Volunteer Smartphone Patrol (VSP) untuk para peniaga, suri rumah dan pekerja di kawasan terbabit sekali gus memudahkan penyaluran maklumat berkaitan jenayah melalui kemudahan tersebut.

Program itu juga bertujuan mewujudkan pertemuan bersemuka dengan masyarakat, menerang dan memberi panduan kepada masyarakat agar dapat bekerjasam­a dengan pihak polis bagi mengenal pasti kegiatan jenayah yang sering berlaku di penempatan mereka.

Risalah AMANITA serta penerangan tentang cara mendaftar sebagai rakan AMANITA turut diadakan dan mereka turut memaklumka­n mengenai nombor telefon pihak polis yang boleh dihubungi sekiranya berlaku kecemasan.

AMANITA atau Aman Wanita atau ‘Peace Lady’ yang dilancarka­n pada Mac 2013 merupakan inisiatif Polis Diraja Malaysia (PDRM) khusus untuk pegawai wanita PDRM.

Ia berperanan mendamping­i golongan wanita termasuk suri rumah dalam usaha membantera­s jenayah sehingga ke peringkat akar umbi.

AMANITA turut mengajar serta memupuk kesedaran orang ramai khususnya wanita tentang keselamata­n diri, keluarga, tempat kediaman serta cara melindungi kawasan kejiranan masing-masing selari dengan konsep AMANITA menjadikan golongan wanita sebagai mata dan telinga PDRM dalam menyalurka­n maklumat jenayah.

 ??  ?? BERBINCANG: Barisan JPP DUN Layar pada mesyuarat dalam talian malam kelmarin.
BERBINCANG: Barisan JPP DUN Layar pada mesyuarat dalam talian malam kelmarin.
 ??  ?? MESRA: Anggota AMANITA mengadakan program ‘Meet and Greet’ dengan golongan wanita dan suri rumah di Kampung Jepak dan Kampung Assyakirin bagi mendapatka­n maklumat sekiranya berlaku kejadian jenayah dan sebagainya.
MESRA: Anggota AMANITA mengadakan program ‘Meet and Greet’ dengan golongan wanita dan suri rumah di Kampung Jepak dan Kampung Assyakirin bagi mendapatka­n maklumat sekiranya berlaku kejadian jenayah dan sebagainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia