Utusan Borneo (Sarawak)

Penghuni Rumah Bonnie dijangka menikmati bekalan elektrik sebelum Krismas

-

SIBU: Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Wong Ching Yong telah mengunjung­i Rumah Bonnie Abong yang merupakan salah satu rumah panjang terpencil di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong, kelmarin.

Menurutnya, rumah panjang tersebut terletak di Ulu Pasai Siong dan untuk sampai ke rumah panjang itu, seseorang harus terlebih dahulu memandu ke Batu 20, Jalan Oya, Sibu dan kemudian membelok ke kiri dan memandu sejauh 13 kilometer lagi melalui jalan berbatu.

Jelasnya, perjalanan sehala dari Sibu ke Rumah Bonnie mengambil masa lebih kurang 90 minit atau sejam setengah.

Setibanya di rumah panjang tersebut, Tuai Rumah Bonnie memaklumka­n kepada Wong bahawa sepanjang ingatannya, tidak ada pemimpin politik atau Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang pernah mengunjung­i rumah panjangnya yang tidak ada bekalan elektrik dan bekalan air.

“Pada Januari lalu, SUPP Cawangan Dudong telah meminta bantuan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian untuk menulis surat kepada Kementeria­n Utiliti untuk mendapatka­n bekalan elektrik di bawah Skim Elektrik Luar Bandar (RES) ke Rumah Bonnie.

“Dengan bantuan Setiausaha Tetap Kementeria­n Utiliti Datuk Alice Jawan permohonan RES itu telah diluluskan pada bulan Jun lalu,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Ketika Wong yang juga pengerusi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong sampai di Rumah Bonnie pada pagi kelmarin, juruteknik daripada kontraktor Sarawak Energy sedang menyambung­kan wayar elektrik ke Rumah Bonnie.

Menurut juruteknik tersebut, jelas Wong lagi, penghuni Rumah Bonnie dijangka menikmati bekalan elektrik sebelum perayaan Krismas ini.

“Selain itu, saya difahamkan oleh Tuai Rumah Bonnie bahawa rumah panjangnya masih tidak mempunyai bekalan air paip. Namun, menurut beliau lagi, Rumah Kawau Anggan yang terletak hanya lima kilometer dari rumah panjangnya sudah mempunyai bekalan air paip sejak bertahun-tahun yang lalu.

“Saya memaklumka­n kepadanya akan membincang masalah tersebut dengan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB),” kata Wong.

Beliau berkata, Rumah Bonie terletak antara enam rumah panjang, tiga di atas bukit dan tiga di kaki bukit yang dihubungka­n dengan jalan tanah.

“Tuai Rumah Bonnie turut memohon kepada MDLBS untuk menaik taraf jalan itu kepada jalan konkrit.

“Saya bersetuju melanjutka­n permintaan ini kepada Bahagian Jabatan Kejurutera­an MDLBS untuk proses seterusnya,” tambahnya.

 ??  ?? BAKAL DITERANGI: Wong (dua kiri) serta yang lain menunjukka­n tiang elektrik di Rumah Bonnie yang sudah didirikan, kelmarin.
BAKAL DITERANGI: Wong (dua kiri) serta yang lain menunjukka­n tiang elektrik di Rumah Bonnie yang sudah didirikan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia