Utusan Borneo (Sarawak)

Koperkasa menandatan­gani MoU bersama Northmont Capital

-

KUCHING: Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad (Koperkasa) telah menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) bersama Northmont Capital Sdn Bhd (Northmont Capital) dalam satu majlis ringkas di pejabat Koperkasa Kuching pada 18 November lalu.

Pengerusi Koperkasa Fathi Hambali dalam satu kenyataan semalam berkata, kerjasama itu merupakan salah satu usaha membantu anggota dari segi pembelian kereta jenama Honda dan Perodua selain daripada menambah pendapatan kepada Koperkasa.

“Anggota Koperkasa yang memperkena­lkan pembeli lain untuk membeli kenderaan tersebut juga akan menerima komisen daripada Koperkasa berjumlah RM200 untuk kereta Honda,

RM200 untuk kereta Perodua dan RM400 untuk kenderaan terpakai,” katanya menambah.

Pihak Northmont Capital diwakili Pengarah Urusan Northmont Capital Fariz Salleh Mohamad Ali, Pengurus Pemasaran Perodua Erazoom Rizal Ayupp Dino, Penasihat Jualan Perodua Erazoom Hafizal Rakawi dan Pembantu Peribadi Pengarah Urusan Abang Izzatur Rafiq Abang Rosslan.

Menerusi MoU tersebut, anggota Koperkasa akan mendapat diskaun sebanyak RM1,000 untuk setiap pembelian kereta Honda dan RM500 untuk setiap pembelian kereta Perodua daripada Northmont Capital atau Perodua Erazoom.

Selain jenama Honda dan Perodua, pihak Northmont turut menjual kenderaan terpakai daripada pelbagai jenama import dan anggota Koperkasa juga akan mendapat diskaun dengan setiap pembelian.

Diskaun turut diberikan untuk setiap pembelian kenderaan terpakai yang akan ditentukan mengikut harga kenderaan semasa pembelian.

Fariz berkata, selain daripada jualan kenderaan, pihaknya turut memberi perkhidmat­an servis atau baik pulih kenderaan dengan menggunaka­n alat ganti tulen di seluruh Sarawak.

Turut hadir pada majlis itu adalah Setiausaha Koperkasa Abdoll Kader Osman, Bendahari Koperkasa Jaris Ting Kaik Hang dan Pengurus Besar Koperkasa Jaya Suri Muss.

 ??  ?? KERJASAMA: (Dari kiri) Hafizal, Rizal, Fariz, Abdoll, Fathi, Jaris dan Jaya pada majlis MoU itu baru-baru ini.
KERJASAMA: (Dari kiri) Hafizal, Rizal, Fariz, Abdoll, Fathi, Jaris dan Jaya pada majlis MoU itu baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia