Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki di Bingkai Waktu di Heathrow

- Oleh Yusuf Mustanir

LELAKI itu mengambil tempat duduknya di kerusi sebelah tingkap. Aku sepatutnya duduk di kerusi di sebelah tingkap itu. Lagi pun ini merupakan kali terakhir aku menaiki penerbanga­n jarak jauh. Selepas ini tidak pasti lagi boleh menaiki pesawat jarak jauh, khususnya di antara London dan tanah air.

Dua jam sebelum menaiki pesawat di terminal berlepas Lapangan Terbang Antarabang­sa Heathrow, seorang lelaki berdiri di bingkai waktu yang menunjukka­n waktu setiap bandar raya utama di dunia sambil termenung. Aku berasa hairan melihat reaksi lelaki itu yang sering mencuri pandang kepadaku. Wajah lelaki itu seolah-olah pernah kulihat tetapi mindaku gagal mengingati tempat kami pernah bertemu. Fikiranku tidak harus terganggu untuk mendapatka­n jawapan ketika bila aku pernah terserempa­k lelaki itu. Urusan di lapangan terbang yang paling sibuk di dunia adalah bagi memastikan bagasiku didaftar masuk dan seterusnya dihantar ke kaunter kargo. Daftar masuk telah dilakukan secara atas talian kecuali pemeriksaa­n imigresen.

Selepas selesai menguruska­n bagasi, aku duduk di bangku tempat menunggu sambil membaca buku The Prince karya Niccolo Machiavell­i. Telah beberapa kali aku membaca buku tersebut untuk memahami pemikiran penulis yang hebat itu. Tetapi, aku gagal memfokuska­n perhatian kerana lelaki itu sering merenung kearahku. Suasana itu, menimbulka­n keinginan untuk mendekati lelaki yang berdiri di bingkai waktu itu. Aku ingin tahu sebabnya berbuat demikian.

Tetapi keinginan itu, aku matikan sebab tidak mahu dianggap sebagai penyibuk. Pada waktu itu, seorang pegawai keselamata­n lapangan terbang sedang melakukan rondaan berada betulbetul di hadapanku. Tanpa membuang masa, aku terus bertanyaka­n kepada pegawai berkenaan tentang lelaki yang berdiri di bingkai waktu itu. Pegawai keselamata­n tersenyum sambil memberitah­uku bahawa tidak ada sesiapa yang berdiri di situ. Alangkah malunya aku apabila mendapati bahawa memang tidak terdapat lelaki yang berdiri di bingkai waktu itu. Begitu pantas sekali lelaki itu menghilang­kan diri. Namun, aku tidak mahu mengalah. Aku terus berjalan menuju ke bingkai waktu itu. Betul, tidak ada sesiapa yang berdiri di bingkai waktu itu. Di dalam bingkai itu, terdapat beberapa jam yang menunjukka­n waktu semasa bandar-bandar raya utama di dunia termasuk Kuala Lumpur.

Tiba-tiba aku terdengar suara menyapa aku dari belakang. Naik buru roma aku mendengar suara itu. Tetapi, bagaimana suara itu tahu nama, nombor pesawat dan seterusnya tempat duduk aku di dalam pesawat yang aku naiki? Apabila aku menoleh ke belakang, seperti yang diduga, lelaki yang kelihatan berdiri di bingkai waktu berada di belakang aku.

“Bagaimanak­ah tuan kenal saya?”

Dia tidak menjawab soalan aku. Sebaliknya

tempat”sambil dia mahu bertukar menghulurk­an duduk apabila berada di tangan untuk bersalaman dalam pesawat nanti. Aku denganku. Salamnya tidak menjadi masalah. aku sambut. Alangkah Walaupun aku berhasrat terperanja­tnya aku apabila untuk duduk di kerusi dia memperkena­lkan bersebelah­an dengan dirinya sebagai Sir James tingkap, tetapi aku bersimpati Brooke. dengan lelaki itu. “Sir James Brooke yang Apabila sahaja aku memberi mana satu?” Aku keliru. persetujua­n, lelaki itu “Rajah Sarawak!” Jawab terus beredar dan berdiri lelaki itu. semula di hadapan bingkai Aku terus ketawa sekuat waktu itu. Pada ketika hati apabila lelaki itu itu, pegawai keselamata­n memperkena­lkan dirinya yang melakukan rondaan sebagai Rajah Sarawak. muncul semula di hadapan Semua mata mereka yang aku. Sekali lagi aku berada di dalam pesawat bertanya kepada pegawai menjeling ke arah keselamata­n tentang lelaki aku. Begitu juga dengan yang berdiri di bingkai kru-kru pesawat yang waktu itu. Sekali lagi pegawai sibuk memastikan semua keselamata­n itu memberitah­u penumpang berada di yang tidak ada tempat duduk yang telah sesiapa berada di bingkai ditetapkan. Sekali lagi aku waktu itu. Memang benar, dijarah perasaan malu. lelaki tersebut tidak berada “Betulkah ini?” Aku di bingkai waktu itu. secara berbisik memohon Sekali lagi aku diserang kepastian daripada lelaki perasaan malu. Pegawai itu. keselamata­n itu pula “Ya, aku Rajah Brooke. kulihat berbisik dengan Aku Rajah Sarawak!” rakan setugasnya sambil Sekali lagi aku diserang menjeling ke arahku sambil keinginan untuk ketawa. tersenyum. Aku tidak Namun, aku berusaha dapat mendengar perbualan sedaya upaya untuk mereka kerana berdiri memastikan ketawaku terlalu jauh. Namun, aku tidak didengar oleh semua dapat menduga tentu mereka yang berada di mereka bercakap tentang dalam pesawat. Terasa apa yang aku lakukan. sakit perut aku menahan Tentu mereka berfikir aku ketawa. Kalau tidak ada tidak siuman. Alangkah orang di sekeliling, tentu terperanja­tnya aku apabila aku akan ketawa sekuat menoleh ke arah bingkai hati. waktu, lelaki itu berada di “Bagaimanak­ah tuan cepat bingkai waktu. Kupejam sekali berada di dalam mata sejenak. Aku buka pesawat ini?” Aku masih semula mataku. Lelaki itu lagi tidak berpuas hati. masih berada di situ. Lelaki itu tidak menjawab.

Aku berlari ke arah dua Sebaliknya dia orang pegawai keselamata­n mengambil sesuatu dari untuk membuktika­n poket bajunya. Dia menyerahka­n bahawa aku tidak pemegang rantai berbohong. Ketika itu kunci yang berbentuk juga kedengaran namaku sebuah kapal. Aku menolak. dipanggil untuk masuk Tetapi dia memaksa ke dalam pesawat. Aku aku untuk menerimany­a. membatalka­n hasrat untuk Disebabkan tidak mahu membuktika­n kebenaran menjatuhka­n air mukanya, kepada kedua-dua pegawai aku menerima pemegang keselamata­n itu. rantai kunci itu dengan Sebaliknya aku terus mengucapka­n terima bergegas dan berlari ke kasih dalam bahasa arah pintu pelepasan yang Inggeris. Tetapi dia mahu telah ditetapkan. Pada aku mengucapka­n terima waktu itu, aku menoleh kasih dalam bahasa untuk kali terakhirny­a ke Melayu. Itu yang memeranjat­kan bingkai waktu. Lelaki itu aku. Dia boleh tidak berada di hadapan bertutur dalam bahasa bingkai waktu lagi. Sekali Melayu dengan fasih. lagi nama aku kedengaran Selepas itu, dia mengambil dipanggil di terminal sebuah buku nota kecil pelepasan Heathrow dari poket bajunya dan meminta agar aku segera sebatang pen. Dia menulis mendaftar masuk sesuatu di dalam buku ke dalam pesawat. Aku nota kecil itu. Ditunjukny­a terus berlari secepat yang pula kepada aku. Sekali mampu agar tidak ketinggala­n lagi aku terperanja­t. Dia pesawat. menulis namanya Rajah

Apabila sahaja aku Brooke dalam tulisan Jawi. menghampir­i kerusi Adakah aku bermimpi? duduk di dalam pesawat. Siapakah lelaki yang Lelaki di bingkai waktu berdiri di hadapan bingkai telah duduk di tempat aku. waktu di Lapangan Perasaan geram melihat Terbang Antarabang­sa wajah lelaki yang berada Heathrow dan duduk di tempat sepatutnya aku pula bersebelah­an aku duduk. Pramugari menghampir­i di dalam pesawat penerbanga­n aku dan bertanya ke Malaysia? Aku sama ada aku memerlukan bertanya lagi tentang dirinya. sebarang bantuan. Dia tidak menjawab Aku sekadar menggeleng­kan soalan aku. Sebaliknya kepala kerana dia meminta aku melihat keletihan berlari dan terus pemegang rantai kunci duduk di kerusi bersebelah­annya. berbentuk sebuah kapal yang diberikann­ya kepada

Lelaki itu tersenyum aku. Aku tidak faham. Dia

menyuruh aku memberikan perhatian kepada pemegang rantai kunci itu. Kapal itu seperti pernah aku lihat.

“Kalau tidak salah saya,

ini kapal Royalist milik James Brooke?” Aku menoleh ke arahnya.

Lelaki itu tersenyum. Dia mahu aku menyimpan pemegang rantai kunci yang berbentuk kapal

Royalist.

“Tetapi kenapa tuan menyerahka­n pemegang rantai kunci ini kepada saya?”

“Tanda persahabat­an!” “Persahabat­an?” “Anda gemar membaca?” Lelaki itu tidak menjawab soalan saya tetapi melontarka­n pula soalan kepada saya.

“Eh, bagaimana pula tuan tahu saya gemar membaca?”

“Saya ternampak kamu membaca buku ketika kita bertemu di Heathrow!”

“Tetapi tuan telah menghilang­kan fokus saya ketika membaca tadi!”

“Maafkan saya kerana menghilang­kan fokus anda!”

“Bagaimana pula dengan tuan?” Aku pula melontar soalan kepada lelaki yang baru aku kenali ketika berada di Heathrow.

“Saya juga gemar membaca. Di antara novelis yang paling saya minat, Jane Austen!”

“Maksud tuan, novelis yang lahir pada tahun 1775 dan meninggal dunia pada tahun 1817?”

“Ya, saya gemar membaca karya-karyanya. Ada masanya saya membaca karya-karyanya berulang kali!”

“Apakah tujuan tuan hendak ke Sarawak?” Aku masih lagi keliru dengan lelaki yang aku temui di bingkai waktu Heathrow.

“Eh, bukankah saya Rajah Brooke?”

“Itu saya tahu. Tetapi zaman pemerintah­an Tuan Rajah sudah berakhir?”

“Apakah salah saya melawat negeri yang pernah saya perintah sebagai Rajah?” Lelaki itu pula melontarka­n soalan cepu emas kepada aku.

“Maafkan saya Tuan Rajah jika saya terlanjur dalam percakapan,” timbul rasa kesal di hatiku.

“Tak mengapa. Saya hendak melihat perubahan yang telah berlaku di Sarawak. Bayangkanl­ah sudah berapa lama saya tidak berkunjung ke Sarawak?”

Perasaan aku turut tersentuh apabila melihat air jernih mulai gugur di pipi lelaki itu. Sepatutnya aku tidak perlu mempersoal­kan hasratnya untuk datang ke Sarawak. Lagipun selama ini tidak pernah aku bertanya dengan pelancong dalam dan luar negara yang datang ke Sarawak. Mereka pastinya ingin melihat keunikan yang terdapat di Bumi Kenyalang yang mempunyai menarik dan pelbagai budaya yang menarik. Lagipun, kedatangan mereka itu akan merancakka­n industri pelanconga­n di Sarawak.

Tetapi, pemikiran aku masih lagi dihantui persoalan tentang lelaki yang berdiri di hadapan bingkai waktu yang berada di Lapangan Terbang Antarabang­sa Heathrow yang kini duduk bersebelah­an aku dalam pesawat. Lelaki itu bagi aku penuh dengan misteri. Adakah lelaki yang duduk di sebelah aku gila? Kalau dia tidak siuman, bagaimanak­ah pula dia boleh melepasi pemeriksaa­n keselamata­n dan imigresen di Heathrow? Aku tiba-tiba menjadi

Selepas selesai menguruska­n bagasi, aku duduk di bangku tempat menunggu sambil membaca buku The

Prince karya Niccolo Machiavell­i. Telah beberapa kali aku membaca buku tersebut untuk memahami pemikiran penulis yang hebat itu. Tetapi, aku gagal memfokuska­n perhatian kerana lelaki itu sering merenung kearahku. Suasana itu, menimbulka­n keinginan untuk mendekati lelaki yang berdiri di bingkai waktu itu. Aku ingin tahu sebabnya berbuat demikian.

pemikir pula. Lebih aneh lagi, dia lebih awal berada di dalam pesawat daripada aku.

“Bolehkah tuan bercerita sedikit sebanyak tentang Sarawak sekarang?” Lelaki itu menoleh ke arah aku.

“Kalau saya hendak bercerita tentang Sarawak sekarang, panjang ceritanya Tuan Rajah!”

“Tak mengapa saya mahu mendengarn­ya sebab saya sudah lama tidak mendengar cerita tentang Sarawak!”

Sebenarnya aku hendak meminjamka­n telefon pintarku kepada lelaki itu. Dia boleh membaca tentang perubahan yang dialami Sarawak era pascapemer­intahan Brooke, penjajahan British dan pascamerde­ka. Tetapi aku berubah fikiran. Banyak data peribadi tersimpan di dalam telefon pintar aku. Oleh itu, aku pun bercerita kepada lelaki itu tentang perubahan yang berlaku di Sarawak sehingga pascamerde­ka.

“Tetapi Astana tetap di situ?” Lelaki itu memandang ke arah aku.

“Ya, Tuan Rajah. Bahkan Astana itu sekarang menjadi pejabat dan kediaman rasmi semua Gabenor Sarawak dari era penjajahan British sehingga kini,” Aku menjawab soalan Lelaki itu yang pipinya tiba-tiba dihujani air jernih.

“Jadi Petra Jaya itu nama baharu untuk kawasan seberang sungai?”

“Ya, Tuan Rajah. Petra Jaya kini menjadi pusat pentadbira­n Kerajaan Negeri Sarawak.

“Baguslah kalau begitu, saya tumpang berbangga!”

“Nantilah saya bawa Tuan Rajah melihat sendiri perubahan Sarawak,” aku menawarkan diri.

“Saya sudah tidak sabar untuk sampai ke Sarawak!”

Apabila pengumuman bahawa pesawat berada di ruang udara Kuching, lelaki itu melihat ke luar tingkap. Jelas semakin banyak air jernih mengalir ke pipinya.

“Sarawak betul-betul telah berubah. Saya amat bangga dengan perubahan ini,” Lelaki itu mengesat air mata yang semakin deras gugur di pipinya.

“Oh ya, sudahkah Tuan Rajah menempah bilik penginapan di hotel?” “Kenapa hotel?” “Habis Tuan Rajah hendak menginap di mana?” Aku keliru.

“Kenapa tidak di Astana?”

“Astana?” Aku semakin keliru. Terasa juga hendak ketawa. Tetapi terpaksa aku tahan kerana tidak mahu menarik perhatian penumpang dan anak kapal yang berada di dalam pesawat.

“Tetapi saya sudah memberitah­u Tuan Rajah bahawa Astana kini menjadi pejabat dan kediaman rasmi Yang Di-Pertua Negeri Sarawak ataupun Gabenor!”

Lelaki itu mendiamkan diri. Semua penumpang mulai meninggalk­an pesawat setibanya di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching. Lelaki itu dan aku pun berdiri dan meninggalk­an pesawat. Aku melangkah ke pintu ketibaan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching melalui jambatan udara yang menghubung­kan pesawat dengan pintu masuk ketibaan lapangan terbang. Lelaki itu pula berada di belakang aku. Tiba-tiba aku mendengar jeritan. Aku menoleh ke belakang. Lelaki itu tidak dapat melangkah masuk dari jambatan udara ke pintu masuk ketibaan. Di antara jambatan udara dengan pintu masuk ketibaan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching secara tiba-tiba wujud bingkai waktu seperti yang aku lihat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Heathrow.

Aku menjerit agar orang ramai dan pihak keselamata­n yang menyaksika­n kejadian itu membantu lelaki itu masuk ke ruang ketibaan dan terlepas daripada terperangk­ap di antara jambatan udara dengan pintu masuk ketibaan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching.

“Tuan, kita sudah sampai di Kuching. Hanya tuan yang belum keluar dari pesawat!” Pramugari yang tanda nama di dadanya, Maria Marianne mengejutka­n aku.

“Terima kasih Cik Maria, lelaki yang duduk di sebelah saya sudah keluarkah?”

“Mana ada penumpang yang duduk di sebelah tuan sepanjang penerbanga­n. Tempat duduk di sebelah tuan kosong. Begitu juga apabila tuan menaiki pesawat dari Heathrow. Saya juga yang bertugas di dalam pesawat itu!” Pramugari itu tersenyum dan meninggalk­an aku dalam kekeliruan.

“Siapakah lelaki di bingkai waktu di Heathrow itu?” Aku teringat dengan sebuah buku yang aku beli pada bulan lepas yang judulnya,

Time Frame. Buku yang menceritak­an tentang seorang lelaki yang gagal untuk melepasi bingkai waktu kerana dia lahir pada abad kelapan belas sedangkan waktu yang hendak dilepasiny­a abad kedua puluh dua.

Perasaan aku turut tersentuh apabila melihat air jernih mulai gugur di pipi lelaki itu. Sepatutnya aku tidak perlu mempersoal­kan hasratnya untuk datang ke Sarawak. Lagipun selama ini tidak pernah aku bertanya dengan pelancong dalam dan luar negara yang datang ke Sarawak. Mereka pastinya ingin melihat keunikan yang terdapat di Bumi Kenyalang yang mempunyai menarik dan pelbagai budaya yang menarik. Lagipun, kedatangan mereka itu akan merancakka­n industri pelanconga­n di

Sarawak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia