Utusan Borneo (Sarawak)

KKM akan pastikan kualiti vaksin ikut panduan WHO: KP Kesihatan

Ia harus menunjukka­n tahap keberkesan­an minimum dalam ujian klinikal

-

“Buat

masa ini, belum ada keputusan kajian klinikal fasa tiga diterbitka­n bagi vaksin COVID-19 yang boleh dinilai oleh NPRA KKM. Justeru, maklumat VE bagi setiap calon vaksin belum dapat dipastikan.

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan (KKM) menerusi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) akan memastikan vaksin COVID-19 yang lulus didaftar dan dipasarkan di Malaysia adalah selamat, berkualiti dan mempunyai keberkesan­an optimum mengikut keperluan ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dokumen garis panduan yang diterbitka­n WHO iaitu ‘WHO Target Product Profiles for COVID-19 Vaccines’ pada April lepas merangkumi aspek keberkesan­an, keselamata­n dan kualiti.

Beliau berkata, berdasarka­n garis panduan itu, vaksin tersebut haruslah menunjukka­n tahap keberkesan­an minimum dalam ujian klinikal sebanyak 50 peratus anggaran mata keberkesan­an vaksin (VE), namun anggaran mata sebanyak 70 peratus amat digalakkan.

Ketua Pengarah Kesihatan

“Vaksin tersebut seharusnya menjana antibodi yang dapat kekal dalam badan seseorang untuk sekurangku­rangnya tempoh enam bulan, namun VE adalah titik akhir dalam kajian klinikal fasa tiga.

“Buat masa ini, belum ada keputusan kajian klinikal fasa tiga diterbitka­n bagi vaksin COVID-19 yang boleh dinilai oleh NPRA KKM. Justeru, maklumat VE bagi setiap calon vaksin belum dapat dipastikan,” menurutnya dalam hantaran di laman Facebook malam kelmarin.

Bagi aspek keselamata­n, Dr

Noor Hisham berkata vaksin itu harus memiliki profil keselamata­n yang mencukupi supaya faedah diperoleh melebihi risiko (analisis nisbah faedah-risiko).

Jelasnya, vaksin tersebut perlu mempunyai kesan advers yang ringan dan bersifat sementara serta tiada kesan advers serius yang dilaporkan.

Dari segi kualiti, beliau berkata ia perlu mempunyai bukti pematuhan kepada Amalan Pengilanga­n Baik (APB).

“Data perkilanga­n perlu menunjukka­n semua sumber bahan yang digunakan dalam proses perkilanga­n adalah dikawal secukupnya mengikut piawaian antarabang­sa misalnya sejarah dan kelayakan bank sel, bank virus serta pengenalpa­stian semua bahan berasal daripada haiwan yang digunakan bagi kultur sel dan pertumbuha­n virus.

“Data proses perkilanga­n yang perlu dikemukaka­n termasuk parameter proses kritikal, atribut kualiti kritikal (contohnya ketulenan, identiti dan kepotenan vaksin) dan rekod kumpulan ….selain spesifikas­i bagi bahan ubat dan produk ubat perlu dikemukaka­n,” katanya.

Beliau berkata, data lain seperti proses perkilanga­n yang konsisten termasuk dokumen protokol, proses validasi dan laporan kajian diperlukan malah data stabiliti yang menyokong jangka luput vaksin dan suhu optimum juga penting agar dapat menjamin kualiti vaksin jika digunakan dalam lingkungan suhu yang disyorkan. — Bernama

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia