Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 13,000 belia sertai Karnival Penjana Kerjaya: Saravanan

-

PUTRAJAYA: Karnival Penjana Kerjaya Belia 2020 yang berlangsun­g secara dalam talian selama tiga hari dari 24 November lepas menyaksika­n penyertaan 13,246 belia dari seluruh negara, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 65 belia telah ditawarkan pekerjaan dengan serta-merta apabila berjaya dalam temu duga terbuka secara maya, manakala 320 calon telah berjaya ke temu duga pusingan kedua.

Katanya, karnival kerjaya khas anjuran bersama Kementeria­n Sumber Manusia (KSM) dan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) untuk golongan belia itu menawarkan lebih 8,300 kekosongan jawatan oleh 26 majikan bagi menangani isu penganggur­an yang semakin serius khususnya dalam kalangan belia sejak penularan pandemik COVID-19.

“Penganjura­n karnival kerjaya maya oleh KSM dan KBS ini bertujuan membantu golongan belia Malaysia yang menganggur agar berpeluang menghadiri temu duga kerja dan seterusnya memperoleh pekerjaan dengan bantuan inisiatif kerajaan walaupun sesetengah negeri kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Saravanan berkata, selain temu duga terbuka, aktiviti lain turut diadakan termasuk lima webinar kerjaya yang disampaika­n oleh wakil majikan dan pakar profesiona­l, yang memfokuska­n peluang pekerjaan semasa, persediaan untuk kerjaya dan kebolehpek­erjaan yang telah menarik lebih 3,300 peserta.

Memetik data Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO), Saravanan berkata sehingga 20 November lepas, lebih 62 peratus daripada pekerja yang kehilangan pekerjaan adalah dalam kalangan belia, yang majoritiny­a berumur antara 25 hingga 29 tahun, iaitu seramai 19,396 orang.

“Berdasarka­n rekod KBS, kadar penganggur­an belia telah meningkat kepada sembilan peratus. Susulan Agenda Pemerkasaa­n Belia, KSM dan KBS komited untuk bekerjasam­a dalam isu yang melibatkan peluang pekerjaan, pewujudan pekerjaan-pekerjaan baharu, latihan kemahiran serta akses kepada dana dan kemudahan untuk belia,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia