Utusan Borneo (Sarawak)

Kontrak dengan China dijangka dapat lonjak pendapatan Bioalpha

-

KUALA LUMPUR: Kontrak antara syarikat suplemen kesihatan bersepadu, Bioalpha Holdings Bhd dengan rakan niaga China iaitu Guizhou Yuhexin Trading Ltd dan Hainan Shifengfu Co Ltd, diunjur dapat memacu peningkata­n yang ketara pada suku akan datang selepas terjejas teruk oleh kesan COVID-19.

“Kami menjangkak­an perlaksana­an secara berperingk­at kontrak-kontrak baharu ini dalam suku-suku mendatang dapat merangsang­kan peningkata­n dalam bergerak ke hadapan,’’ demikian menurut CGS-CIMB Securities kelmarin.

Bioalpha baru-baru ini mengumumka­n syarikat telah memeterai dua perjanjian dengan Guizhou Yuhexin dan Hainan Shifengfu, bernilai RMB700 juta (RM426.7 juta) setiap tahun untuk tempoh lima tahun.

Di bawah perjanjian itu,

Bioalpha akan membekalka­n Guizhou Yuhexin dengan produk kesihatan dan nutrisi yang akan dijual terutamany­a di wilayah Guizhou, China.

“Semakan pada saluran kami baru-baru ini dengan Bioalpha menunjukka­n margin untung kasar efektif untuk kontrak itu ialah 3-5 peratus,” katanya dalam satu nota penyelidik­an di sini kelmarin.

Kerugian bersih teras suku ketiga 2020 Bioalpha mencapai

RM7.1 juta berbanding keuntungan bersih RM2.5 juta pada suku ketiga 2019, setelah menambah kerugian sekali gus sebanyak RM4.2 juta (hapus kira inventori dan hutang lapuk dan susut nilai piutang perdaganga­n dan muhibah).

Keputusan suku ketiga berakhir 30 September, 2020 itu adalah disebabkan oleh penjualan eksport yang lebih lemah daripada jangkaan, diikuti dengan kenaikan kos operasi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia