Utusan Borneo (Sarawak)

Agenda Digital Johor bantu atasi masalah keciciran rakyat terima bantuan

-

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri komited mengumpulk­an data maklumat rakyat Johor melalui Agenda Johor Digital bagi menyelesai­kan masalah keciciran mendapatka­n Bantuan Ihsan Johor bagi golongan sasar.

Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata, kerajaan negeri berdepan kesukaran dalam melaksanak­an secara menyeluruh Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor kerana ketiadaan data yang lengkap.

Beliau berkata, data yang diperoleh kerajaan negeri setakat ini menerusi maklumat yang disalurkan badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan selain ejen-ejen di pusatpusat saluran Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor.

“Kerajaan negeri sukar untuk mengesahka­n maklumat mereka (pemohon) sama ada betul atau tidak, sekiranya mereka muat naik borang dalam talian.

“Oleh itu, kerajaan negeri membangunk­an Agenda Johor Digital bagi memudahkan pengumpula­n data secara berpusat sebagaiman­a dilakukan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kementeria­n kewangan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut berkata demikian ketika menjawab soalan K. Raven (PN-Tenggaroh) berkenaan hanya 40,000 orang sahaja daripada 200,000 permohonan rakyat Johor menerima Bantuan Ihsan Johor pada sesi Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di sini, semalam.

Hasni berkata, kerajaan negeri memperuntu­kkan RM14 juta bagi inisiatif Bantuan Tunai Ihsan Johor dengan sasaran awal penerima setakat Jun tahun ini seramai 35,535 orang.

“Bantuan melibatkan bantuan tunai ‘one off’ (sekali beri) sebanyak RM250 dan RM500 kepada rakyat Johor yang benar-benar layak iaitu mereka yang berpendapa­tan bawah RM4,000 dan tidak pernah menerima sebarang bentuk bantuan Kerajaan Pusat mahupun Negeri.

“Bagi tujuan saringan permohonan secara merit, kerajaan negeri melalui Pejabat Perbendaha­raan Negeri telah mewujudkan satu sistem iaitu Sistem E-Ihsan Johor,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia