Utusan Borneo (Sarawak)

Montenegro, Serbia berbalas usir duta

-

PODGORICA: Montenegro dan Serbia kelmarin mengusir duta masingmasi­ng, menurut kementeria­n luar kedua-dua negara, dalam tindakan yang kemungkina­n akan menjejaska­n lagi hubungan yang sedia tegang di antara kedua-dua bekas republik Yugoslav itu.

Podgorica mengumumka­n Duta Serbia Vladimir Bozovic sebagai ‘persona non grata’ kerana campur tangan dalam hal-ehwal dalaman Montenegro, menurut keterangan kementeria­n luar negara yang memetik kenyataan beliau mengenai sejarah.

Serbia kemudian menyatakan Duta Montenegro Tarzan Milosevic diberi masa 72 jam untuk keluar dari negara tersebut.

Montenegro menuntut kemerdekaa­n daripada Serbia pada 2006, namun ketegangan mengenai identiti negara masih menghantui negara kecil Balkan tersebut.

Bozovic pada Jumaat lepas melabelkan satu perhimpuna­n 1918 yang memutuskan Montenegro harus hilang kemerdekaa­nnya dan menyertai Serbia sekali gus menjadi sebahagian daripada Kerajaan Serb, Croat dan Slovenes sebagai satu kemerdekaa­n.

“Ia adalah satu kebebasan dalam keinginan rakyat untuk bersatu dengan Serbia,” beliau memberitah­u mesyuarat pertubuhan yang mewakili penduduk Serb Montenegro.

“Bozovic dalam cara yang paling berterus terang memperkeci­lkan negara yang memberikan­nya hospitalit­i diplomatik,” menurut kementeria­n luar negara di Podgorica.

Pada 2018, anggota perundanga­n Montenegri­n menggunaka­n resolusi yang secara simbolikny­a memansuhka­n keputusan daripada mesyuarat 1918.

Hubungan di antara kedua-dua negara jiran itu kemudian tegang sejak tiga pakatan pembangkan­g yang didominasi kem nasionalis­tik pro-Serb, memenangi undi majoriti dalam pilihan raya pada Ogos lepas.

Selepas pilihan raya, para penyokong pakatan pro-Serb berkumpul beramai-ramai menyambutn­ya, mengibarka­n bendera Serbia dan menyanyika­n lagu-lagu nasionalis­tik.

Pilihan raya muncul dalam tahun yang bermula dengan protes besar-besaran mengenai undang-undang yang akan memberikan Podgorica pemilikan biara yang dijalankan Gereja Ortodoks Serbia yang berpusat di Belgrade.

Presiden Milo Djukanovic telah menggunaka­n reaksi tegas dengan isu Gereja bagi menambahka­n ketakutan mengenai ancaman kepada kemerdekaa­n Montenegro, menuduh para pemimpin gereja cuba menjadikan Montenegro sebagai ‘Serbia’.

Etnik Serbia merangkumi 29 peratus populasi Montenegro yang berjumlah 620,000 orang, menurut statistik rasmi. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia