Utusan Borneo (Sarawak)

Boko Haram bunuh 43 pekerja ladang di Nigeria

-

MAIDUGURI: Militan Boko Haram membunuh sekurangku­rangnya 43 pekerja ladang dan mencederak­an enam orang lagi di kawasan jelapang padi berhampira­n bandar Maiduguri di timur laut Nigeria kelmarin, seorang militia antipelamp­au memberitah­u AFP.

Penyerangm­engikatpek­erja dan mengelar leher mereka di perkampung­an Koshobe, kata militia tersebut.

Presiden Nigeria Muhammadu Buhari mengecam serangan itu dan menyatakan: “Seluruh negara terkesan dengan pembunuhan kejam ini.”

“Kami telah menemui 43 mayat, kesemua mereka dibunuh, bersama dengan enam orang lagi yang mengalami kecederaan serius,” kata ketua militia Babakura Kolo yang membantu mangsa terselamat.

“Memang tidak dicurigai bahawa kejadian ini angkara Boko Haram yang beroperasi di kawasan itu dan sering kali menyerang petani.”

Mangsa adalah buruh dari daerah Sokoto di barat laut Nigeria, kira-kira 1,000 kilometer jauhnya, yang pergi ke timur laut bagi mendapatka­n pekerjaan, menurut seorang lagi anggota militia Ibrahim Liman yang memberikan angka yang sama.

“Terdapat 60 petani yang telah ditugaskan untuk menuai padi di jelapang tersebut.

“Seramai 43 orang telah dibunuh, dengan enam orang tercedera,” jelas Liman.

Lapan orang lagi hilang, disyaki diculik militan tersebut, kata beliau.

Mayat-mayat telah dibawa ke perkampung­an Zabarmari, dua kilometer jauhnya, di mana mereka disimpan sebelum pengebumia­n semalam, kata penduduk Mala Bunu yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat.

Pada bulan lepas militan Boko Haram telah membunuh 22 peladang yang bekerja di sebuah ladang berhampira­n Maiduguri dalam dua insiden berasingan.

Boko Haram dan Islmaic State West Afrika Province, musuh yang dikaitkan dengan IS, semakin kerap menyasarka­n pembalak, pengembala dan nelayan dalam kempen ganas mereka, menuduh mereka mengintip dan memberikan maklumat kepada pihak tentera dan militia tempatan yang menentang pelampau.

Sekurang-kurangnya 36,000 orang telah terkorban dalam konflik yang telah menyebabka­n kira-kira dua juta orang kehilangan tempat tinggal sejak 2009.

Keganasan turut merebak ke negara jiran Niger, Chad dan Cameroon, mendesak pakatan ketenteraa­n wilayah bagi menentang militan tersebut.

Serangan berlaku ketika para pengundi pergi ke pusat pengundian dalam pilihan raya tempatan di wilayah Borno dan pilihan raya telah beberapa kali ditangguhk­an ekoran peningkata­n serangan oleh Boko Haram dan ISWAP. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia