Utusan Borneo (Sarawak)

Transforma­si pertanian Johor bakal beri impak besar kualiti hidup

-

MERSING: Usaha mentransfo­rmasikan sektor pertanian dan industri makanan di negeri ini yang diumumkan pada Belanjawan Johor 2021 Khamis lepas, dilihat bakal beri impak besar kepada golongan petani, penternak dan nelayan Johor, untuk meningkatk­an kualiti hidup.

Antaranya peruntukan RM51 juta untuk transforma­si berkenaan, yang melibatkan pelbagai program termasuk Program Jaminan Bekalan Makanan dengan peruntukan sebanyak RM6 juta, melibatkan kawasan tanaman seluas 2,168 hektar.

Seorang petani Md Daud Tamin berkata, bantuan kepada petani ini, dapat membantu mengurangk­an beban mereka, terutama ketika pengeluara­n hasil yang tidak memberangs­angkan, berikutan cuaca tidak menentu kebelakang­an ini.

Warga emas berusia 61 tahun itu mengakui, agak sukar untuk ke kebun beberapa hari ini berikutan hujan lebat hampir setiap hari, ditambah dengan pengeluara­n hasil tanaman yang kian merosot.

Malah, isterinya Nor Maiza Mohammad, 47, juga tidak dapat meneruskan perniagaan­nya di kantin sekolah, akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sekali gus menjejaska­n sumber pendapatan mereka sekeluarga.

“Oleh itu, saya berharap agar kelayakan dan syarat permohonan program yang ditawarkan akan dapat dilonggark­an, memandangk­an saya selalu terlepas peluang disebabkan faktor umur,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, baru-baru ini.

Dia kini mengusahak­an tanaman sayur-sayuran seperti daun kesum, bunga kantan dan pisang, di Kampung

Tenglu, di sini, yang kemudianny­a dijual ke pasar raya berhampira­n.

Sementara itu, seorang graduan universiti Nuha Fadzli, melahirkan rasa minat untuk menceburi sektor pertanian, dengan insentif yang ditawarkan kerajaan negeri.

“Saya ingin memohon kerana ingin bergiat secara serius dalam bidang ini, sekarang ada juga usahakan tanaman kecil-kecilan seperti cili, serai dan bayam Brazil,” kata wanita berusia 25 tahun itu, yang kini bekerja sendiri.

“Berbudi kepada tanah ni banyak hasilnya. Justeru, saya ingin merebut peluang ditawarkan kerajaan negeri, lebih-lebih lagi pertanian yang sentiasa ada permintaan,” katanya lagi.

Seorang penternak ikan air tawar Muhamad Nazri Yusof, 40, juga gembira kerana keprihatin­an kerajaan negeri yang prihatin terhadap nasib mereka.

Pemuda yang terlibat dalam bidang agropreneu­r sejak 10 tahun lepas berkata, pelbagai bantuan dan perhatian terhadap golongan berkenaan, mencermink­an keprihatin­an kerajaan dalam meningkatk­an lagi taraf hidup rakyat.

“Ramai yang terkesan dalam berdepan krisis wabak COVID-19. Oleh itu, insentif seperti bantuan perkakas dan peralatan peranti pengumpul ikan, sedikit sebanyak dapat mengurangk­an beban dalam usaha memulih dan meneruskan aktiviti ternakan.

“Pada masa sama, saya berharap agar kerenah birokrasi dapat dikurangka­n, selain pelaksanaa­n bantuan dan keperluan ini dapat disalurkan kepada golongan sasar,” katanya yang menjalanka­n perusahaan­nya di Felda Tenggaroh 2, di sini. — Bernama

JOHOR BAHRU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Johor telah mengusir lima kapal dagang berasal dari pelbagai negara, kerana bersauh tanpa kebenaran di perairan Tompok Utara, berhampira­n Kota Tinggi, kelmarin.

Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kesemua kapal yang berdaftar di Dominica,

Indonesia, Palau, Panama serta Liberia itu, diusir menerusi satu operasi.

“Sebuah kapal ronda APMM telah ditugaskan untuk mengusir kapal-kapal dagang terbabit, yang disahkan oleh Jabatan Laut Malaysia (JLM) tidak mempunyai kebenaran bersauh daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Beliau berkata perairan Tompok Utara menjadi kawasan tumpuan bagi kapal-kapal dagang untuk bersauh, semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an Mac lalu, berikutan kebanyakan negara mengambil langkah sekatan pergerakan keluar masuk di pelabuhan utama.

Katanya keadaan tersebut menyebabka­n kapal-kapal dagang mengambil kesempatan untuk bersauh di sekitar perairan Malaysia, tanpa kebenaran. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia